Diam tak diam, hari ini jumaat 31hb Disember 2010 merupakan gerbang terakhir sebelum melangkah ke tahun 2011. Azam tahun 2010 untuk membuka Setia Chess Centre menjadi kenyataan.. di harapkan azam 2011 pula bakal terlaksana.
Dalam kekalutan kerja menyiapkan kerja di pejabat dan menghadiri temuduga kerja semalam, saya terlupa nak buat pengumuman (semasa kejohanan Catur Liga Kuantan semalam) untuk mengadakan Catur Blitz Countdown 2011 pada malam ini. Nampak gayanya terpaksa lupakan hasrat dan menunda niat ke tarikh yang lain.
Kepada pembaca blog ini, saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2011! Mudah-mudahan catur di Kuantan pada tahun 2011 akan lebih bersinar-sinar lagi... hehehe
Happy New Year to all! Hoping for the best chess for Malaysia!