Kami menyediakan latihan catur (training/coaching), jualan peralatan catur, dan sewa tempat untuk pertandingan catur secara mini / liga.
Saturday, January 15, 2011
Liga Catur Kuantan Final Round Pairing
Liga Catur Kuantan mengambil 2 pusingan terakhir ini berlangsung pada hari jumaat jam 8 malam - 10 malam. Mengambil format 5 round swiss system (sebagai langkah permulaan Liga Berpasukan di Setia Chess Centre), dan maksimum 10 pasukan sahaja, kami menaruh harapan inilah langkah permulaan baru ke arah catur lebih berkualiti di Kuantan.
Persaingan di pusingan keempat agak sengit dan penuh dramatik. Pendahulu liga, pasukan KCC berdepan dengan cabaran apabila menentang pasukan Setia Chess. Dengan dibarisi otai-otai catur Kuantan (yang rata-rata setiap malam menghabiskan masa lapang bermain chess di Tanah Putih Kuantan), pada malam semalam seolah-olah KCC mensasarkan harapan untuk menahan serangan Setia Chess dengan seri pada dua papan pertama, dan menang pada dua papan berikutnya. Namun Setia Chess pada malam semalam mengzahirkan keputusan sebaliknya. Papan keempat meraih kemenangan awal, dan papan ketiga berpihak kepada KCC. Penentuan adalah di papan kedua antara NM Kamal Arifin (SETIA) menentang Hamidi Taib (KCC), dan Khair (SETIA) - Ali Akbar (KCC). Ketika saat-saat kritikal, Kamal Arifin hampir-hampir berjaya meledakkan kemenangan ke atas Hamidi Taib, namun sebagai pemain yang tidak kurang berpengalaman, Hamidi berjaya mengambil kesempatan kesilapan Kamal dengan membuat taktik perpetual check. Game papan kedua berakhir seri. Kini penentuan kemenangan pasukan di atas bahu papan pertama. Dengan masa tidak kurang dari 4 minit, Khair dalam kedudukan goyah kerana hanya mempunyai knight+ Bishop lawan Rook+Bishop Ali Akbar. Sedangkan Ali masih lagi mempunyai baki 20 minit. Dalam keadaan time trouble, entah apa magisnya malam itu, Rook Ali menyerah kepada Passed Pawn Khair. Dengan masa berbaki 2 minit dan dengan kelebihan 1 Queen Khair berjaya menundukkan Ali. Dan kemenangan berpihak kepada Setia Chess 2.5points berbalas 1.5points.
Di meja yang kedua pun tidak kurang hebatnya, pertarungan sengit di antara pasukan Fendi & Da Gang menentang SMART. Pasukan sekolah SMART yang membuat upset berjaya mengikat pasukan Setia di pusingan pertama, sekali lagi membuat kejutan apabila menumpaskan pasukan berpengalaman Fendi & Da Gang dengan 2.5 - 1.5! SMART memberi amaran awal apabila Papan ketiga mengatasi Fendi & Da Gang (Umar Muhktar menumpaskan Razman Maulot). Fendi & Da Gang menyamakan kedudukan apabila papan kedua Abd Khalid Musa menang mudah ke atas Ikmal Ubaidillah. Papan pertama Asman Amin (Fendi & Da Gang) seri menentang Ahmad Akmal, kedua-dua pemain gagal menembusi tembok kawasan masing-masing. Penentuan kini terletak kepada ketua pasukan Effendy Zakaria menentang Ng Zheng Ann dari SMART. Masing-masing dengan berbaki 3 minit, game masih lagi di peringkat middle. Hanya ketangkasan membuat keputusan pergerakan akan menentukan kemenangan. Sayugia diingatkan tiada tambahan masa pada pertandingan liga ini. Atas kemenangan masa keatas Effendy, Ng Zheng Ann meletakkan pasukan SMART di ranking ketiga selepas pusingan keempat.
Keputusan-keputusan pasukan lain adalah seperti yang dijangka berdasarkan keupayaan dan pengalaman pasukan masing-masing.
Subscribe to:
Posts (Atom)