Sunday, January 23, 2011

Blitz Sempena Liga Catur Kuantan

Pihak Setia Chess Centre menganjurkan Blitz sebagai acara penutup Liga Catur Kuantan Edisi Pertama. Kami menjangkakan penyertaan minimum sebanyak 16 peserta, dan memang 16 peserta yang menyertainya! Thanks players! Acara yang suka-suka ini, banyak gelak ketawa sepanjang permainan berlangsung, kerana Blitz banyak keputusan yang kelakar. Buah yang kalah, tiba-tiba menang, dan buah yang menang boleh menjadi sebaliknya.

Blitz yang bermula jam 10.45 malam berakhir jam 12-30 malam, menyaksikan Khairilhelmi muncul juara kali pertama. Tempat kedua diduduki oleh Kamal Ariffin, ketiga oleh Khair, keempat dimenangi oleh Asman. Dan Khairunnisa di tempat ke lima (hahaha, who would have thought that one coming!)