Alhamdullillah, rasa bersyukur sangat2 kerana CATUR semakin berkembang di Kuantan dan daerah2 lain (terutama Kuala Lipis kerana mereka amat rajin menyertai kejohanan yang diadakan diluar daerah Lipis sepanjang tahun, juga beberapa individu dari daerah lain).
Bila saya memulakan kelas catur sekitar 2007, saya cuma ada satu sahaja niat dan matlamat - iaitu untuk mengajar pemain bermain lebih baik! Kerana ada terlalu banyak jurang diantara pemain disini dan pemain di sekitar KL or Selangor dan juga Negeri lain. Dan juga kerana saya agak geram apabila mengetahui corak 4 steps masih lagi dimainkan sehingga peringkat bawah 18 tahun! (gosh!)
Saya lebih suka konsep "chess as a tool in education". Saya amat gembira bilamana saya menolong ramai pelajar untuk lebih berjaya dalam pelajaran kerana menggunakan catur.
Saya amat bersyukur kerana dianugerahkan oleh Allah SWT kelebihan untuk mengajar, walaupun tidaklah sebaik mana dan sepandai mana berbanding mereka yang lain, tetapi bila dapat menyumbang sesuatu terasa betapa bertuahnya saya kerana menjadi insan terpilih menerima anugerah Allah SWT ini.
Bila saya melihat kini kerja2 di Persatuan Catur Daerah Kuantan telah boleh dipikul oleh AJK yang lain, kejohanan catur telahpun boleh diagih kepada mereka yang lain, pelajar catur yang boleh berdiri atas kaki sendiri tidak lagi bergantung kepada saya untuk melatih, membuatkan saya mensyukuri yang Maha Esa. Serta berterima kasih kepada ahli keluarga yang memperkenalkan catur kepada saya, kepada abang dan kakak yang tidak jemu memberikan sokongan serta melatih saya dalam sukan yang amat saya minati. Kepada adik yang pernah menjadi rakan sparring sewaktu dia masih kecil dahulu. Untuk makluman semua, saya tidak ada cikgu yang melatih saya, guru saya ialah keluarga saya, dan setiap lawan saya diatas papan.
Bilamana saya mendapat tahu ada yang cuba menubuhkan Persatuan Catur Pahang, membuatkan saya tersenyum sendirian dan berkata mungkin sudah sampai masanya untuk saya mengundur diri.. Sesungguhnya, kritikan, cemuhan, sindiran, kata2 manis, pujian dan sebagainya yang saya gagah menelan selama ini demi cinta saya kepada CATUR seharusnya berhenti setakat ini. (Alhamdullilah hikmah dari Yang Maha Esa pahit manis yang ditelan selama ini berbaloi jua...)
Selagi khidmat coaching diperlukan, SCC akan beroperasi seperti biasa menabur bakti. Berkenaan kejohanan saya masih lagi mencari ruang waktu untuk penganjuran di SCC. Berilah saya masa untuk menyusun atur pelbagai jadual peribadi yang tidak melibatkan catur sebelum mengorak langkah seterusnya.
InsyaAllah dengan AJK PCDK yang berdedikasi, dan bakal tertubuhnya barisan Persatuan Catur Pahang yang baru, saya percaya catur akan bergerak lebih cemerlang pada masa hadapan!
Daripada Yours Truly.