Saturday, October 01, 2011

Serius!

Meja pertama pertembungan antara Shamsuri (1 smart) vs Fikrie (2 smart) di pusingan kelima.

Pertandingan Catur Tertutup 1 Smart & 2 Smart

Seramai 45 peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan tertutup ini. Dan inilah kali pertama kebanyakan dari peserta ini yang mengambil bahagian. Pada peringkat awal pertandingan keadaan agak kelam kabut memandangkan kesemua pemain tidak biasa dengan suasana pertandingan dan penggunaan jam yang agak asing bagi mereka. Lama kelamaan setelah pusingan keempat, keadaan agak terkawal sedikit. Peserta favourite sudah tentulah pelajar yang mewakili sekolah pada pertandingan MSSD Kuantan yang lalu, iaitu pelajar Muhd Fikrie (2 smart) dan Muhd Shamsuri (1 Smart). Kedua-duanya bertembung di pusingan kelima menyaksikan kemenangan berpihak kepada Muhd Fikrie.

Melatih para petugas bergelar arbiter pada pertandingan ini adalah sesuatu yang mengujakan pihak sekolah, dan ternyata para pelajar tidak menghampakan kerana mampu memikul tugas membuat keputusan dengan baik, dengan panduan yang diberi serta pengawasan dari pihak SCC.

Diharap selepas ini, pihak SMKST akan membuat pertandingan terbuka pula, seperti pada zaman-zaman persekolahan saya dahulu di mana ada sahaja pertandingan jemputan berpasukan ataupun individu menggunakan manual pairing dijalankan. Pada ketika itu antara sekolah yang menjalan kejohanan adalah seperti SMK Alor Akar, SMK Sultan Abdullah (SABS), SMK Tanah Putih, SEMSAS dan beberapa lagi sekolah lain. Semua adalah atas inisiatif pelajar dan para guru sendiri. Diharap catur akan kembali menyinari Kuantan seperti suatu ketika dahulu....

Menggunakan Teknologi Yang Ada.

Konsep paperless untuk kejohanan kecil seperti ini adalah sesuatu untuk kita kongsi bersama.

Pertandingan Catur Tertutup Tingkatan 1 Smart & 2 Smart SMK St Thomas Kuantan - 1 Okt 2011.

Hari ini bermulalah pertandingan catur di sekolah SMKST Kuantan. Pertandingan rapid sehari ini dijalankan secara kerjasama Setia Chess Centre dan pihak sekolah. Diharap selepas ini akan ada lagi usaha dilakukan oleh sekolah yang lain pula.