Saturday, April 21, 2012

Melaka Chief Minister - Dato Ali Rustam Officiated the Opening Ceremony of 750 Years Melaka International Chess Festival.

750 Years Melaka International Chess Open 2012

Saya berada di Melaka Bandaraya Bersejarah sekarang ini, kerana terlibat sebagai pengadil untuk pelbagai pertandingan. Pada masa entri ini ditulis kejohanan Rapid Campomanes dan Melaka Age-Group sedang berlangsung.

Saya akan berada sepanjang Festival berlangsung dari 20hb April - 1hb Mei nanti.

Saya sedikit terkilan kerana tiada wakil seorang pun pemain daripada Kuantan menyertai walaupun untuk kategori FIDE Rated - Challenge section. Dengan yuran yang pada saya berbaloi dan kesungguhan Kontijen Pekan untuk menyertai dengan pakej yang juga berbaloi (termasuk yuran, penginapan, makan 3 kali sehari, dan melancong pada hari rest day kejohanan). Jika alasan yang dikemukakan ialah ibubapa tidak dapat cuti, nah! sudah tentu pakej ini yang paling sesuai! Pada pendapat saya walaupun bermain di kategori Challenge, namun peluang berada bersama-sama pemain bertaraf GM dalam satu dewan yang sama, dan melihat sendiri bagaimana para GM membuat gerakan adalah peluang untuk membuka minda pencatur remaja Kuantan yang bakal bertarung di MSSM nanti!

(sigh)..