Tuesday, October 20, 2015

KEPUTUSAN KEJOHANAN CATUR Y CENTRE UTC 2015

Pihak penganjur Y CENTRE dan Setia Chess Centre mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang memberikan sokongan dengan menyertai kejohanan CATUR Y CENTRE UTC 2015.
Pihak penganjur juga memohon ribuan maaf atas kelewatan disebabkan masalah yang tidak dijangka pada saat-saat akhir. Alhamdulillah ianya dapat diselesaikan dan permainan dapat dimulakan pada pukul 10.45 pagi.Bagi menzahirkan ucapan terima kasih kepada peserta yang terus memberikan sokongan walaupun berlaku kelewatan pihak penganjur telah memulangkan kembali yuran penyertaan.Untuk kejohanan kali ini tiada yuran yang dikenakan.Terima kasih juga kepada ibubapa,guru-guru,ketua arbiter,arbiter,penolong dan semua yang membantu untuk menjayakan kejohanan ini.Diharapkan agar semuanya terus memberikan sokongan pada kejohanan yang mendatang. 
Kategori terbuka menyaksikan saingan sengit antara 4 pemain yang berkongsi mata yang sama sehingga pusingan  yang kelima 4.5 mata iaitu Syazwan,Khair,Asyraf dan juga Adib. Pusingan terakhir iaitu yang 6 akan menentukan pemenang. Adib vs Asyraf  berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada Adib.Khair vs Syazwan masing2 berhempas pulas untuk mendapatkan kemenangan tetapi akhirnya berkesudahan dengan seri.Tahniah kepada Mohd Adib b Ali yang menjadi johan dengan diikuti kedua Muhd Syazwan Zulkifli dan ketiga Mohd Khair Wahidduddin..


 Senarai penuh pemenang tahniah kepada semua