Wednesday, July 06, 2011

SCC Serie D - 23/7/2011 (Saturday)

Registration is open for SCC Serie D! Tourney starts on 23/7/2011 - Saturday! Hurry register now! Only 2 more series to go before Grand Finale in December!

FIDE Arbiter's Seminar 30th June - 4th July 2010


(From L-R (Standing) : Tan Kok Liang (JHR), Ms Yip (SWK), Mr Cheong (JHR), Eddy Fong (PRK), Charles Lucas (SBH), Marcus (PNG), Awang (SBH), Rosdi (KEL), Loo Swee Leong (PNG), Nik Azrihan (KEL), Hamdan (SWK), Jax (KL), Bernard (KL), Eddy Kwan (JHR), Nik Farouqi (KEL), Josephine (PHI), Collin (KL), myself (PHG). Sitting from L-R : Lim Kian Hwa (SWK), IM Mok (KL), Greg Lau - Sec of MCF, Ignitius Leong - the instructor and the FIDE General Sec, Haslindah (KL), Najib (KL), and Narayan (JHR). I do hope I got the names right)

Sebaik sahaja sukan MASUM berakhir pada 29hb Jun, pagi-pagi pada 30hb saya memulakan perjalanan dari UPM ke Restoran Warisan - tempat FIDE Arbiter seminar bakal berlangsung. Mestilah sasaran dan harapan amat tinggi pada seminar ini memandangkan saya bukan setakat satu-satunya wakil dari Pahang, malah satu-satunya wakil dari Kuantan juga. Dan amat mendebarkan bila rata-rata yang menghadiri seminar bukanlah calang-calang orangnya (lihat sahaja gambar diatas). Agaknya cita-cita terlalu tinggi, bila nama disebut tidak termasuk dalam senarai "confirm" lulus, saya agak terkilan. Sehingga ke hari ini, saya mendoakan yang saya berjaya mendapat sijil FA saya (amin!).

Soalan periksa yang diutarakan agak mengelirukan, dan ada juga yang mana saya gagal mengenalpasti yang mana satu kata kunci bagi menjawab soalan. Paling mengecewakan bila saya menghabiskan satu jam menjawab soalan terakhir berkenaan manual pairing yang mempunyai mata keseluruhan sebanyak 15 markah, saya hanya betul 2 markah sahaja! Agak tertekan bila saya terpaksa membuat dan membetulkan sebanyak 5-6 kali dan hasil tetap mengecewakan!.

Tetapi yang pastinya, selepas kursus tersebut, saya lebih paham berkenaan undang-undang catur (masakan tidak, sehingga ke hari ini, buku kursus berkaitan undang-undang catur tidak lekang dari tatapan), dan berazam untuk mempraktik yang terbaik dimana-mana kejohanan yang saya kendalikan sebagai arbiter. Tentunya banyak yang saya pelajari, dan mungkin saya akan perkenalkan sesuatu yang baru mengikut cadangan Mr Leong di Kuantan ini...(mungkin).