Monday, October 26, 2015

KEPUTUSAN PEKAN OPEN CHESS CHAMPIONSHIP 2015

Semalam berakhirlah sudah kejohanan pekan open yang berlangsung selama dua hari dari 24-25 oktober 2015 lapan pusingan,kawalan masa 45minit + 15 saat dengan penyertaan seramai 342 orang..Setelah beberapa tahun tidak bermain dengan kawalan masa yang lama saya tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam kejohanan ini..walaupun penatnya masih terasa tetapi berbaloi kerana dengan kawalan masa yang sebegini setiap pergerakan yang ingin dibuat perlu dicongak dengan teliti untuk mengelakkan kesilapan.kalah dan menang tu adat pertandingan.bagi saya cuma kepuasan diri bermain tu yang penting.walaupun kalah tetapi dapat memberikan saingan dan berusaha sebaik mungkin untuk memeningkan lawan tidak kira status dari segi rating yang tinggi ataupun yang mempunyai gelaran seperti IM dan lain-lain. Saya berpuas hati dengan tahap penganjuran dan berharap kepada penganjur semoga tahun hadapan kawalan masa sebegini diteruskan dan dibuat selama tiga hari..kepada yang tewas(termasuklah saya sendiri..hahaha) janganla putus asa dan perjuangan mesti diteruskan..kepada yang menang Tahniah diucapkan..untuk gambar klik link gilachess.blogspot.my