Wednesday, September 02, 2015

ARONIAN MEMENANGI 2015 SINQUEFIELD CUP

Pada pusingan terakhir Aronian hanya memerlukan seri bertemu dengan Topalov dan dia tidak ada masalah untuk melakukannya dan memahkotakan dirinya sebagai pemenang 2015 Sinquefield Cup..Juara Norway Chess 2015 Topalov tidak dapat meneruskan rentak juara hanya berada di tangga ke 6 hanya 5 seri 2 kalah dan 2 menang..Giri menampilkan permainan mantap dalam kejohanan ini mengekalkan rekod tanpa kalah dengan 8 seri dan 1 menang..Nakamura pula menang dengan Grischuk dan sekarang berada di no 2 dunia di live rating.Carlsen tidak mendapat kelebihan dan ruang bertemu dengan bekas Juara Dunia Anand dan berakhir dengan seri..Anand juga tidak menampilkan permainan yang mantap hanya mendapat 7 seri dan kalah 2..Carlsen agak cuai melepaskan peluang keemasan untuk menang bertemu dengan Nakamura pada pusingan ke 8..Nampaknya Carlsen masih belum pulih setelah mengalami kekalahan teruk pada kejohanan Norway Chess 2015 yang menyebabkan kehilangan 23 mata rating dari 2876 ke 2853..Masih lagi pemain no 1 dunia tapi kehilangan lagi beberapa mata rating dalam kejohanan ini..Mampukah Carlsen bangkit semula di London Chess Classic 2015 pada disember ini?sama-sama kita nantikan...






No comments: