Untuk makluman, kepada peserta yang telah membayar yuran melalui bank, sila bawa bersama slip bank dan serahkan kepada saya, Khairunnisa Wahidduddin pada hari kejohanan. Kepada yang telah membuat bayaran dan tetapi tidak dapat turut serta, atau menukar nama peserta, sila telefon saya, Khairunnisa Wahidduddin 019-9699879 dengan kadar segera!
Pusingan pertama akan bermula tepat jam 9 pagi. Sila berada di SCC sebelum jam 9 pagi bagi mengelak anda kalah masa. Pusingan seterusnya akan bermula sebaik pusingan pertama tamat. Waktu rehat tengahari diberikan diberikan antara jam 1.15 petang hingga jam 2.15 petang. Tempat untuk kemudahan solat disediakan di SCC.
Jumpa anda di SCC esok! Semoga berjaya!
No comments:
Post a Comment