Friday, June 24, 2011

3 Gangsa Dari Nur Sabrina Aliya Asman





Kami menerima khabar gembira dari En Asman, bapa kepada satu-satunya wakil dari Kuantan, Pahang ke Kejohanan ASEAN Age-Group 2011 yang berlangsung di Tarakan dari 12-21 Jun 2011, Nur Sabrina Aliya Asman telah membawa berita gembira buat warga kuantan apabila berjaya membawa pulang 3 pingat gangsa untuk kategori, berpasukan klasikal, berpasukan rapid, dan berpasukan blitz. Tahniah kami ucapkan kepada beliau!



Berikut adalah game Nur Sabrina (courtesy from En Asman) :





Menurut En Asman, semasa SCC Serie C, beliau telah berpeluang bertemu IM Mas dan bertanyakan pendapat beliau tentang cara terbaik untuk pembangunan catur peringkat remaja (rasanya soalan ini sesuai untuk En Asman mendidik Nur Sabrina untuk memberikan yang terbaik di masa-masa akan datang). Berikut ialah jawapan IM Mas kepada En Asman :

"Banyakkan pattern recognition di peringkat opening, middle game. Cepat mentafsir penyelesaian masalah. Pemain hendaklah membuat banyak latihan catur dan korbankan masa demi catur. Peruntukkan masa tak dapat tiap-tiap hari, tetapi mesti ada dalam seminggu tu untuk catur"

Rasanya hasil daripada pertemuan En Asman dan IM Mas ini tentunya membuahkan idea untuk latihan lebih terancang dan tersusun untuk kejayaan yang bakal mendatang buat adik Nur Sabrina Aliya. Tahniah sekali lagi kami ucapkan!

Click here untuk lagi gambar-gambar Nur Sabrina.

No comments: