Saturday, June 18, 2011

SCC Grand Prix Serie C - 18/6/2011 (Saturday)

Maka berakhir sudah SCC Serie C sebentar tadi. Diam tak diam, dah pun masuk serie C, selepas ini perancangan untuk Serie D dan E akan bermula.

Pihak SCC mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian pemain nombor satu negara IM Mas Hafizul mengambil bahagian tanda sokongan kejohanan SCC Grand Prix kami (sampai juga ye ke Kuantan ni!) Ternyata kehadiran IM Mas Hafizul telah menyuntik semangat pemain-pemain remaja tatkala berpeluang bertemu pemain tersohor negara ini.

Kami juga amat menghargai sokongan pemain-pemain catur (terima kasih juga buat NM Zarul Shazwan) yang lain yang memeriahkan kejohanan. Sambutan amat menggalakkan kali ini. Walaupun beberapa pemain yang telah mendaftar gagal menghadirkan diri antaranya termasuklah Fadzil Nayan, Syazwan Zulkifli, Sulaiman Johari, Effendy Zakaria dan Ali Akbar namun kami masih dapat memenuhi kuota yang maksimum dan minimum sasaran kami iaitu antara 40 - 44 peserta setiap kali Serie-Serie berlangsung. Ini kerana ada beberapa pemain yang telah disenarai dalam "waiting list" bersedia untuk beraksi sebaik ramai yang menarik diri.

Berikut ialah sekitar keputusan ringkas kejohanan :

Johan - IM Mas Hafizulhilmi (6/6)
Kedua - NM Zarul Shazwan (5/6)
Ketiga - NWM Nurul Huda (5/6)
Keempat -Kamal Azmi(5/6)
Kelima- Muhd Asyraf Razman (4.5/6)

Terbaik Bawah 12- Meor Airil Rahimi(3/6)
Terbaik Bawah 16- Muhd Ameersyah Adhwa (4/6)
Terbaik Wanita -NWM Khairunnisa‘(4/6)

Tahniah kepada pemenang-pemenang! Terutama kepada Adik Asyraf yang telah berjaya menempatkan diri dalam kelompok yang menerima jemputan eksklusif untuk bertarung di Grand Finale nanti.

(And as for me, well.. it seems that i have to play in another serie.. huhuhu..)

Senarai pemain yang menerima jemputan untuk beraksi di Grand Finale dan tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam mana-mana serie GP selepas ini :
1. NM Kamal Arifin
2. Kamaludin Yusof
3. Umar Mukhtar
4. Asman Aminullah
5. Sharif Mohd Zaki
6. Khalid Musa
7. Mohd Khair
8. Hamidi Taib
9. Abd Rahim Ramli
10. Suhaidi Mustafa
11. IM Mas Hafizul
12. NM Zarul Shazwan
13. NWM Nurul Huda
14. Kamal Azmi
15. Muhd Asyraf Razman

Kami masih lagi mencari 10 orang dari top 5 serie D dan E selepas ini, dan 5 pemain remaja + wanita untuk beraksi di FINALE. Jika sekiranya yang tersenarai diatas bertukar alamat dan nombor telefon sila maklumkan kepada pengurusan SCC di talian 019-9699879

No comments: