Friday, October 14, 2011

SCC Dipecah Masuk!!


Pintu ini dibuka oleh pencuri terbabit. Pandai pula pencuri ini menggunakan bata bagi memudahkan urusan memunggah barang-barang yang dicuri. Walaupun kecurian yang kami laporkan mencecah ribuan ringgit juga, namun Alhamdullillah, tiada kemalangan jiwa dan kecurian barang yang amat kami sayangi iaitu set catur dan jam catur dgt 2010 yang kami letakkan di centre.


Printer Samsung laser jet yang kami beli pada tahun 2009, masih lagi berfungsi dengan baik dan cukup laju yang kami selalu gunakan pada setiap kejohanan catur di Kuantan ini. Siapa sangka printer yang agak mahal toner inipun hendak dicuri. Namun kami rasa pencuri senang untuk mencuri printer ini kerana kami meletakkannya dalam kotak, digunakan cuma bila Serie-serie GP berlangsung. Kami juga amat merasai kehilangan CPU yang telah diupgrade dengan cukup baik sekali, berserta speaker box yang kami selalu gunakan tiapkali kami menonton video catur dengan menggunakan LCD Projector di centre.


Ya betul tidak dinafikan kami agak trauma dan terkilan yang amat kerana untuk memperoleh barang yang dicuri terbabit memakan masa dan wang ringgit yang pada kami bukanlah sedikit jumlahnya. Namun kami bersyukur ke hadrat ilahi... ALHAMDULLILAH... ternyata ALLAH SWT itu Maha Kaya, Maha Adil. Bila difikir-fikirkan kembali, amatlah pelik kerana gelagat barang yang digeledah seolah-olah pencuri tersebut ingin kembali mencuri lagi banyak barang kerana kotak air mineral dan kotak hadiah serie E di letak disisi beg yang berisi jam catur dgt (beg tersebut dibuka pencuri terbabit). Kami percaya Tuhan itu Maha Adil bila diwujudkannya gangguan kepada pencuri untuk tidak nampak kepentingan jam dgt, projector dan satu lagi printer yang terletak elok diatas meja, juga set catur yang baru kami beli yang bakal digunakan pada finale nanti.


Dan Alhamdulillah juga, SCC Serie E akan dijadualkan seperti biasa kerana hadiah yang dibeli tidak dicuri oleh pencuri (ini juga satu misteri bagi kami kerana barang ini tidak berusik, namun kuasa ALLAH SWT tiada siapa boleh menduga).


Kami tetap bersemangat untuk menjayakan Serie E, dan Finale disember nanti, cuma untuk kejohanan berpasukan liga yang kami rancangkan terpaksa ditangguhkan kerana kami perlu beri keutamaan memasang pintu yang baru, kunci yang baru serta peralatan printer dan CPU yang baru di centre. Kami harap peminat catur di Kuantan tetap menyokong SCC dan bersabar dengan kejadian yang menimpa SCC. Harap maklum.

No comments: