Thursday, April 11, 2013

5th Kuantan Master Rapid Junior 20th - 21st April 2013 (Saturday & Sunday)

Marilah beramai-ramai kita memeriahkan Kejohanan Rapid Remaja Kuantan Master ini yang memasuki tahun kelima kejohanan!

Untuk menjadikan kejohanan ini lebih menarik, kesemua pemain dikehendaki merekodkan game sehingga 5 minit terakhir permainan. Menurut En Nordin (Setiausaha PCDK) dan En Asman (Presiden PCDK), adalah menjadi hasrat PCDK untuk mewujudkan buletin pertama Kejohanan. Marilah kita bersama-sama memeriahkan kejohanan serta menolong merealisasikan hasrat murni PCDK ini.

Pendaftaran kejohanan secara tunai boleh dibuat di SCC yang bertempat di B90 Tingkat 1 Jalan Lim Hoe Lek. SCC terletak berhampiran LA Hotel (papan tanda berwarna hijau), dan di atas kedai aksesori kereta bernama Perfect.

Untuk maklumat kejohanan sila berhubung dengan Cik Khairunnisa - 019 9699879
Untuk maklumat berkenaan dewan kejohanan sila berhubung dengan En Razman - 012 9891734

No comments: