Wednesday, June 26, 2013

ULASAN KEJOHANAN SABTU 22 JUNE 2013...

Kejohanan Catur Rapid Berpasukan Sekolah-Sekolah Menengah Terbuka Pahang 2013 telah berlangsung dengan jayanya pada 22 Jun 2013 (sabtu) bertempat di SMK St Thomas Kuantan. Kejohanan dengan anjuran kerjasama SMK St Thomas Kuantan dan SMK Clifford Kuala Lipis berserta Jabatan Pelajaran Negeri Pahang telah menerima penyertaan seramai 26 pasukan (2 pasukan telah menarik diri sehari sebelum pertandingan berlangsung iaitu MRSM Kuala Lipis dan SEMSAS Kuantan).

Berikut adalah ulasan saya selaku ketua arbiter dan penasihat teknikal pertandingan. Secara keseluruhan memandangkan kejohanan adalah pertama kalinya (tidak pernah ada kejohanan berpasukan sekolah-sekolah menengah diadakan sebelum ini di Pahang).

Saya menjangkakan cabaran kejohanan kerana format yang pertama kali diadakan di Pahang dengan system 4 + 2. Biasanya amat jarang penganjur buat kejohanan berpasukan dengan format pemain simpanan ini (biasanya 4 pemain tanpa pemain simpanan, dan jika ada simpanan kejohanan biasanya dua hari), tapi saya menyahut cabaran untuk melakukannya. Walaupun ada pertukaran pemain untuk kesemua pasukan pada hari pertandingan tanpa dikenakan apa-apa penalty (mengenangkan ini adalah kejohanan pertama seumpamanya), kejohanan terpaksa dimulakan lewat, namun dapat juga kami menghabiskan kejohanan sehari ini pada lewat petang (tidak perlu sampai ke malam hari). Alhamdullillah..

Selain itu, kami juga menerima cabaran apabila ramai yang masih kurang faham format pertandingan bagaimana memasukkan pemain simpanan dalam senarai papan 1-2-3-4. Pemahaman tentang system naik tangga masih belum sempurna 100% kerana daripada pusingan pertama - ketujuh masih ada pasukan yang melakukan kesilapan. Untuk lebih adil, serta mengelakkan pasukan yang sama melakukan kesalahan, amaran dan penalty dengan markah 0 diberikan. Nampak extreme bukan? ada juga pemain serta pengurus pasukan yang marah serta tidak berpuas hati dengan mengatakan saya tidak memberi muka kerana mereka kurang faham, namun saya terpaksa melakukannya. Kerana saya percaya, jika penalty diberikan, ramai yang akan serik serta tidak lagi melakukan kesalahan! ternyata tekaan saya betul! tiada sekolah yang sama melakukan kesalahan yang sama! Alhamdullillah..

Kepada pasukan yang tidak berjaya, yang dikenakan penalty (pasukan sekolah tuan rumah iaitu SMK St Thomas B juga saya kenakan penalty), saya mohon ambil pengalaman ini sebagai pengajaran / iktibar dimasa-masa akan datang. Sebagai seorang yang pernah bergelar pemain, saya pernah melalui apa yang dilalui oleh peserta kejohanan. Sesungguhnya kesilapan yang dilakukan mematangkan saya, setiap kesilapan yang dilakukan ialah cikgu yang memberi saya pengalaman berharga untuk berjaya dihari mendatang..

Secara keseluruhan saya amat berpuas hati dengan pihak penganjur kerana menyediakan senarai helpers dan para technical officers yang begitu berdedikasi menjayakan tugas. Begitu juga dengan para arbiters yang terdiri daripada cikgu sekolah yang mengawal kejohanan tanpa ada apa-apa masalah besar untuk dirujuk kepada saya selaku chief arbiter. Terima kasih kepada semua, budi dan jasa tuan-tuan dan puan-puan hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalasnya... insyaAllah..

Terima kasih juga buat penganjur, atas usaha penganjuran, sponsors dan marketing kejohanan walaupun kolaborasi antara dua sekolah yang secara geografi nya terletak di dua daerah yang berbeza, namun kejituan semangat dalam menjayakan kejohanan selayaknya diberikan pujian, dan semoga menjadi contoh kepada sekolah-sekolah lain pula.. insyaAllah..

No comments: