Friday, March 18, 2011

Congratulations To Nur Sabrina Aliya Asman!

Pihak Persatuan Catur Daerah Kuantan (PCDK), dan Setia Chess Centre, mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Nur Sabrina Aliya Binti Asman ahli remaja PCDK, atas kejayaan beliau menduduki tempat ke-4 kategori bawah 12 tahun perempuan dalam kejohanan Catur Remaja Kebangsaan (National Age Group) bagi tahun 2011.

Atas kejayaan ini, beliau telah ditawarkan tempat mewakili negara dalam kejohanan Remaja Asean kategori bawah umur 12 tahun, yang akan berlangsung di Tarakan, Indonesia pada 10 - 22 jun 2011.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada beliau!

(Kejayaan Sabrina membuktikan tiada yang mustahil buat kita semua dari bandar sekecil Kuantan ini! Asalkan berusaha ke arah itu.

Jika sekiranya ada pihak yang berminat menghulurkan bantuan kewangan / duit poket buat adik Sabrina ini untuk ke Tarakan di minta menghubungi bapa beliau En. Asman di talian - 013 9517615

Kami menghargai sumbangan anda!)

No comments: