Semalam berakhirlah sudah kejohanan pekan open yang berlangsung selama dua hari dari 24-25 oktober 2015 lapan pusingan,kawalan masa 45minit + 15 saat dengan penyertaan seramai 342 orang..Setelah beberapa tahun tidak bermain dengan kawalan masa yang lama saya tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam kejohanan ini..walaupun penatnya masih terasa tetapi berbaloi kerana dengan kawalan masa yang sebegini setiap pergerakan yang ingin dibuat perlu dicongak dengan teliti untuk mengelakkan kesilapan.kalah dan menang tu adat pertandingan.bagi saya cuma kepuasan diri bermain tu yang penting.walaupun kalah tetapi dapat memberikan saingan dan berusaha sebaik mungkin untuk memeningkan lawan tidak kira status dari segi rating yang tinggi ataupun yang mempunyai gelaran seperti IM dan lain-lain. Saya berpuas hati dengan tahap penganjuran dan berharap kepada penganjur semoga tahun hadapan kawalan masa sebegini diteruskan dan dibuat selama tiga hari..kepada yang tewas(termasuklah saya sendiri..hahaha) janganla putus asa dan perjuangan mesti diteruskan..kepada yang menang Tahniah diucapkan..untuk gambar klik link gilachess.blogspot.my
Setia Chess Center (SCC) Kuantan
Kami menyediakan latihan catur (training/coaching), jualan peralatan catur, dan sewa tempat untuk pertandingan catur secara mini / liga.
Monday, October 26, 2015
Tuesday, October 20, 2015
KEPUTUSAN KEJOHANAN CATUR Y CENTRE UTC 2015
Pihak penganjur Y CENTRE dan Setia Chess Centre mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang memberikan sokongan dengan menyertai kejohanan CATUR Y CENTRE UTC 2015.
Pihak penganjur juga memohon ribuan maaf atas kelewatan disebabkan masalah yang tidak dijangka pada saat-saat akhir. Alhamdulillah ianya dapat diselesaikan dan permainan dapat dimulakan pada pukul 10.45 pagi.Bagi menzahirkan ucapan terima kasih kepada peserta yang terus memberikan sokongan walaupun berlaku kelewatan pihak penganjur telah memulangkan kembali yuran penyertaan.Untuk kejohanan kali ini tiada yuran yang dikenakan.Terima kasih juga kepada ibubapa,guru-guru,ketua arbiter,arbiter,penolong dan semua yang membantu untuk menjayakan kejohanan ini.Diharapkan agar semuanya terus memberikan sokongan pada kejohanan yang mendatang.
Kategori terbuka menyaksikan saingan sengit antara 4 pemain yang berkongsi mata yang sama sehingga pusingan yang kelima 4.5 mata iaitu Syazwan,Khair,Asyraf dan juga Adib. Pusingan terakhir iaitu yang 6 akan menentukan pemenang. Adib vs Asyraf berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada Adib.Khair vs Syazwan masing2 berhempas pulas untuk mendapatkan kemenangan tetapi akhirnya berkesudahan dengan seri.Tahniah kepada Mohd Adib b Ali yang menjadi johan dengan diikuti kedua Muhd Syazwan Zulkifli dan ketiga Mohd Khair Wahidduddin..
Pihak penganjur juga memohon ribuan maaf atas kelewatan disebabkan masalah yang tidak dijangka pada saat-saat akhir. Alhamdulillah ianya dapat diselesaikan dan permainan dapat dimulakan pada pukul 10.45 pagi.Bagi menzahirkan ucapan terima kasih kepada peserta yang terus memberikan sokongan walaupun berlaku kelewatan pihak penganjur telah memulangkan kembali yuran penyertaan.Untuk kejohanan kali ini tiada yuran yang dikenakan.Terima kasih juga kepada ibubapa,guru-guru,ketua arbiter,arbiter,penolong dan semua yang membantu untuk menjayakan kejohanan ini.Diharapkan agar semuanya terus memberikan sokongan pada kejohanan yang mendatang.
Kategori terbuka menyaksikan saingan sengit antara 4 pemain yang berkongsi mata yang sama sehingga pusingan yang kelima 4.5 mata iaitu Syazwan,Khair,Asyraf dan juga Adib. Pusingan terakhir iaitu yang 6 akan menentukan pemenang. Adib vs Asyraf berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada Adib.Khair vs Syazwan masing2 berhempas pulas untuk mendapatkan kemenangan tetapi akhirnya berkesudahan dengan seri.Tahniah kepada Mohd Adib b Ali yang menjadi johan dengan diikuti kedua Muhd Syazwan Zulkifli dan ketiga Mohd Khair Wahidduddin..
Senarai penuh pemenang tahniah kepada semua
Thursday, October 08, 2015
KEJOHANAN CATUR Y CENTRE UTC 2015
Kejohanan ini dianjurkan oleh Y CENTRE pada 18 oktober 2015(ahad) di UTC pahang menawarkan hadiah yang menarik dengan yuran yang rendah hanya RM15(wow) dan johan RM500(wow)..Kejohanan ini terbuka kepada semua negeri tetapi keutamaannya adalah kepada para pencatur negeri pahang..Jadi kepada para pencatur negeri pahang apalagi moh kita mendaftar.Hubungi 019-9699879 untuk daftar dan membuat bayaran. tempat terhad 100 orang sahaja..
- JOHAN - RM500
- N/JOHAN - RM300
- KE 3 - RM200
- KE 4 - RM120
- KE 5 - RM100
- KE 6 - RM 90
- KE 7 - RM 80
- KE 8 - RM 70
- KE 9 - RM60
- KE 10 - RM60
PEMAIN TERBAIK WANITA - RM50
KE 2 PEMAIN TERBAIK WANITA - RM50
PEMAIN TERBAIK VETERAN - RM 50 (UMUR 50 DAN KEATAS)
KE 2 PEMAIN TERBAIK VETERAN - RM50
PEMAIN TERBAIK ANGGOTA KERAJAAN - RM50
KE 2 PEMAIN TERBAIK ANGGOTA KERAJAAN - RM50
PEMAIN TERBAIK NATIONAL RATING 1400 - RM50
KE 2 PEMAIN TERBAIK NATIONAL RATING 1400 - RM50
PEMAIN TERBAIK NATIONAL RATING 1300 - RM50
KE 2 PEMAIN TERBAIK NATIONAL RATING 1300 - RM50
PEMAIN TERBAIK NATIONAL RATING 1200 - RM50
KE 2 PEMAIN TERBAIK NATIONAL RATING 1200 - RM50
PEMAIN TERBAIK TIADA RATING - RM50
PEKAN OPEN CHESS CHAMPIONSHIP 2015 (FIDE RAPID RATED EVENT)
Kejohanan PEKAN OPEN CHESS CHAMPIONSHIP 2015(FIDE RAPID RATED EVENT) ini akan berlangsung pada 24-25 oktober 2015 di UMP Pekan.Kawalan masa yang boleh dikatakan agak lama 45 minit +15 saat akan menyaksikan persaingan yang sengit bagi para pemain dan Johan bagi kategori terbuka akan membawa pulang wang tunai RM2000(wow)..Jom sama-sama kita memeriahkan kejohanan khasnya bagi pencatur dan otai2 pahang sama ada memepoh ataupun dipepoh sama2 kita nantikan...
Pendaftaran dan bayaran sebelum 16 oktober 2015 jangan terlewat
Daftar online PEKAN OPEN
Hubungi - 019-91591114
Monday, September 21, 2015
KEPUTUSAN UMP RAPID CHESS CHALLENGE SERIES 2015
Pihak penganjur(UMP-EN RAZMAN) mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang memberikan sokongan dengan menyertai kejohanan UMP RAPID CHESS CHALLENGE SERIES 2015.Terima kasih juga kepada ibubapa,guru-guru,ketua arbiter,arbiter,penolong dan semua yang membantu untuk menjayakan kejohanan ini.Diharapkan agar semuanya terus memberikan sokongan pada kejohanan yang mendatang.Kategori terbuka menyaksikan saingan sengit antara 3 pemain yang berkongsi mata yang sama iaitu 6 mata.Tahniah pada Sulaiman Johari yang menjadi johan dengan kelebihan pada tiebreak..(Otai masih berbisa!!) diikuti Mohd Khair Wahidduddin dan juga bakal pengganti pemain senior iaitu Muhammad Asyraf Razman.Kategori bawah 12 pula diungguli oleh Mohd Danial Hakim dengan 6.5 mata..
Kategori Terbuka
Kategori Bawah 12
Kategori Terbuka
Johan
Naib Johan
Ketiga
Kategori Bawah 12
Johan
Naib Johan
Ketiga
keputusan penuh layari CHESSRESULT
Kategori Terbuka
Kategori Bawah 12
Kategori Terbuka
Johan
Naib Johan
Ketiga
Kategori Bawah 12
Johan
Naib Johan
Ketiga
keputusan penuh layari CHESSRESULT
Wednesday, September 09, 2015
Wednesday, September 02, 2015
ARONIAN MEMENANGI 2015 SINQUEFIELD CUP
Pada pusingan terakhir Aronian hanya memerlukan seri bertemu dengan Topalov dan dia tidak ada masalah untuk melakukannya dan memahkotakan dirinya sebagai pemenang 2015 Sinquefield Cup..Juara Norway Chess 2015 Topalov tidak dapat meneruskan rentak juara hanya berada di tangga ke 6 hanya 5 seri 2 kalah dan 2 menang..Giri menampilkan permainan mantap dalam kejohanan ini mengekalkan rekod tanpa kalah dengan 8 seri dan 1 menang..Nakamura pula menang dengan Grischuk dan sekarang berada di no 2 dunia di live rating.Carlsen tidak mendapat kelebihan dan ruang bertemu dengan bekas Juara Dunia Anand dan berakhir dengan seri..Anand juga tidak menampilkan permainan yang mantap hanya mendapat 7 seri dan kalah 2..Carlsen agak cuai melepaskan peluang keemasan untuk menang bertemu dengan Nakamura pada pusingan ke 8..Nampaknya Carlsen masih belum pulih setelah mengalami kekalahan teruk pada kejohanan Norway Chess 2015 yang menyebabkan kehilangan 23 mata rating dari 2876 ke 2853..Masih lagi pemain no 1 dunia tapi kehilangan lagi beberapa mata rating dalam kejohanan ini..Mampukah Carlsen bangkit semula di London Chess Classic 2015 pada disember ini?sama-sama kita nantikan...
Tuesday, September 01, 2015
2015 SINQUEFIELD CUP ROUND 7
Aronian Won against Nakamura and Carlsen lost in an endgame against Grischuk.Aronian now lead with one point ahead of the field.Two more round to go..Who will be crowned as a champion..
Subscribe to:
Posts (Atom)