Saturday, October 15, 2011

SCC Dipecah Masuk!!!!

Agaknya inilah alat yang digunakan pencuri untuk mengumpil dan memasuki centre. Mungkin secara tidak sengaja tertinggal atas meja.. Tetapi air dalam peti ais ada yang di ambil buat minum basah tekak penat mencuri agaknya..

SCC Kena Pecah Masuk!!

CPU yang telah diupgrade sesuai untuk main game, dan Speaker Box beserta peralatan berkaitan yang kami guna untuk tayangan video dipancarkan menggunakan LCD turut dikebas oleh pencuri..

SCC Dipecah Masuk!!!

Kepada yang sudah register dan yang berhasrat untuk register SCC Serie E, tourney tetap akan berjalan seperti yang dijadualkan (insyaALLAH doakan tiada aral).. Hadiah-hadiah yang disediakan tidak menjadi mangsa pencuri ni..

SCC Kena Pecah Masuk!!!

Alhamdullillah, syukur! Printer yang satu ni masih lagi ada dan Projektor yang terselindung disebalik printer selamat..

SCC Dipecah Masuk!!

Printer samsung laser jet habis dikebas sekali dengan kotaknya dan segala peralatan yang berkaitan..

Friday, October 14, 2011

SCC Dipecah Masuk!!


Pintu ini dibuka oleh pencuri terbabit. Pandai pula pencuri ini menggunakan bata bagi memudahkan urusan memunggah barang-barang yang dicuri. Walaupun kecurian yang kami laporkan mencecah ribuan ringgit juga, namun Alhamdullillah, tiada kemalangan jiwa dan kecurian barang yang amat kami sayangi iaitu set catur dan jam catur dgt 2010 yang kami letakkan di centre.


Printer Samsung laser jet yang kami beli pada tahun 2009, masih lagi berfungsi dengan baik dan cukup laju yang kami selalu gunakan pada setiap kejohanan catur di Kuantan ini. Siapa sangka printer yang agak mahal toner inipun hendak dicuri. Namun kami rasa pencuri senang untuk mencuri printer ini kerana kami meletakkannya dalam kotak, digunakan cuma bila Serie-serie GP berlangsung. Kami juga amat merasai kehilangan CPU yang telah diupgrade dengan cukup baik sekali, berserta speaker box yang kami selalu gunakan tiapkali kami menonton video catur dengan menggunakan LCD Projector di centre.


Ya betul tidak dinafikan kami agak trauma dan terkilan yang amat kerana untuk memperoleh barang yang dicuri terbabit memakan masa dan wang ringgit yang pada kami bukanlah sedikit jumlahnya. Namun kami bersyukur ke hadrat ilahi... ALHAMDULLILAH... ternyata ALLAH SWT itu Maha Kaya, Maha Adil. Bila difikir-fikirkan kembali, amatlah pelik kerana gelagat barang yang digeledah seolah-olah pencuri tersebut ingin kembali mencuri lagi banyak barang kerana kotak air mineral dan kotak hadiah serie E di letak disisi beg yang berisi jam catur dgt (beg tersebut dibuka pencuri terbabit). Kami percaya Tuhan itu Maha Adil bila diwujudkannya gangguan kepada pencuri untuk tidak nampak kepentingan jam dgt, projector dan satu lagi printer yang terletak elok diatas meja, juga set catur yang baru kami beli yang bakal digunakan pada finale nanti.


Dan Alhamdulillah juga, SCC Serie E akan dijadualkan seperti biasa kerana hadiah yang dibeli tidak dicuri oleh pencuri (ini juga satu misteri bagi kami kerana barang ini tidak berusik, namun kuasa ALLAH SWT tiada siapa boleh menduga).


Kami tetap bersemangat untuk menjayakan Serie E, dan Finale disember nanti, cuma untuk kejohanan berpasukan liga yang kami rancangkan terpaksa ditangguhkan kerana kami perlu beri keutamaan memasang pintu yang baru, kunci yang baru serta peralatan printer dan CPU yang baru di centre. Kami harap peminat catur di Kuantan tetap menyokong SCC dan bersabar dengan kejadian yang menimpa SCC. Harap maklum.

Tuesday, October 11, 2011

SCC Serie E 22/10/2011 - Saturday

Only 25 places left! hurry up and register now!

For registration from now until 14/10/2011 - call 019-9699879 (Khairunnisa')
For registration after 14/10/2011 - call 012-6497225 (Khair)

Sunday, October 09, 2011

Blitz at DATCC 9/10/2011


IM Mas with a perfect score after round 12. Another 3 more rounds to go!


And IM Mas won the Blitz with 14 points from 15 rounds, he drew twice with Mustafa Said (pic above) and Sri Shiva Kumar. Second was CM Fadli Zakaria and 3rd place was Zaidan Zulkipli.


I took part too in this competition (i guess now i am addicted to Blitz), not doing well though, it is pretty bad actually to lost 6 games. I lost to Mas, Abd Shukor, Fadli, Najib, Ezmi, and Jax.. But since the tourney will be a once a month thing, I will make sure to have my revenge next (hahaha.. payback time!)