Wednesday, June 26, 2013

KEJOHANAN CATUR RAPID BERPASUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH TERBUKA PAHANG 2013 - RESULTS!

TARIKH : 22 Jun 2013
MASA : 7.30am – 6.00pm
Tempat : SMK Saint Thomas, Kuantan


Laporan Ringkas : Seramai 26 pasukan dari Negeri Pahang, Terengganu dan Melaka telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Kejohanan ini telah berjalan secara lancar dan berjayanya. Tuan Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, JPN Pahang, Tuan Haji Mohd Raauf bin Hj. Jali, AAP., AMP.telah  merasmikan penutupan kejohanan ini.



 Tuan Ketua Sektor, Tuan Haji Mohd Raauf bin Hj. Jali, AAP., AMP sedang melihat pemain-pemain bertanding


Ucapan Tuan Pengetua SMK Saint Thomas, Kuantan- Tuan Haji Asruddin bin Haji Abas

 Ucapan perasmian penutupan oleh Tuan Haji Mohd Raauf bin Hj. Jali, AAP., AMP.

 Berikut adalah keputusan kejohanan catur ini:
 Johan Pasukan : SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan


 Naib Johan Pasukan : SM Imtiaz YT, Kuala Terengganu

Tempat Ketiga berpasukan : SMK Clifford A, Kuala Lipis

Papan Terbaik Pertama :

Nur Sabrina Aliya bt Asman – SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan

Papan Kedua terbaik:

Nur Ayahirah binti Rokeman – SMK Clifford A, Kuala Lipis

Papan Ketiga Terbaik
Muhd Shakir bin Mohd Fauzi – SM Imtiaz YT, Kuala Terengganu

Papan Keempat Terbaik

Mohd Ainal Farhan bin Mohd Johari – Sekolah Model Khas seri Tualang, Temerloh

Papan Kelima Terbaik

Muhammad Ridzwan bin Shahril- MRSM Muadzam Shah

Papan Keenam Terbaik

Muhd Razin bin Rumly – SMK Paya Besar, Kuantan

 Keputusan penuh di chess-results.com

Tahniah kepada pemenang-pemenang. InsyaAllah kita berjumpa lagi ditahun hadapan..! (aaminn!)

KEJOHANAN CATUR RAPID BERPASUKAN SEKOLAH-SEKOLAH TERBUKA PAHANG 2013 - ANALISIS

Penganjur bersetuju menggunakan system pemutus (tie-break) Match Point (MP), jika sama maka akan digunakan Game Point (GP) dan jika sama juga akan digunakan Personal Encounter (PE). Seperti kejohanan berpasukan yang lain yang pernah dianjurkan sebelum ini MP adalah yang paling sesuai. Ini kerana MP lebih adil untuk mewujudkan persaingan antara pasukan-pasukan.

MP dikira untuk 2 mata jika menang, walaupun margin kemenangan ialah 2.5-1.5, 3-1 atau 4-0. MP dikira 1 mata untuk pasukan jika seri dengan margin 2-2. Manakala jika kalah dengan margin 1.5-2.5, 1-3. 0-4 MP diberikan ialah 0.

Ramai yang bertanya, serta kurang berpuas hati bila berlaku keadaan dimana SM Imtiaz yang mempunyai GP yang begitu tinggi iaitu 21.5 menduduki tempat kedua. Ini kerana kami menggunakan MP dahulu.
 
 
Sila perhatikan gambarajah diatas. SMK Abdul Rahman Talib menang 5 permainan, seri 2 kali dan tiada kalah. Walaupun GP yang rendah tetapi MP yang tinggi kerana rata-rata kemenangan SMK Abdul Rahman Talib adalah hanya dengan margin yang rendah iaitu 2.5-1.5.
 
 
Malang buat SM Imtiaz, kekalahan di tangan SMK Abdul Rahman Talib pada round ke 6 serta seri dengan MRSM Muadzam Shah telah mengecewakan jumlah mata MP mereka hanya dengan ketinggalan 1 mata sahaja, gelaran juara telah terlepas daripada genggaman..
 
 
 
Bagi SMK Clifford A pula, mereka agak steady dengan persembahan secara berpasukan keseluruhan. Walaupun mempunyai MP sama seperti SM Imtiaz Kuala Terengganu, namun mereka kalah kepada tie-break kedua iaitu GP dengan perbezaan 1 mata sahaja. 
 
 
MRSM Muadzam Shah pula, jika dilihat kepada score pasukan, mereka mencipta terlalu banyak seri sebanyak 4 seri kerana kekuatan MRSM Muadzam terletak kepada pemain papan kedua mereka iaitu Daniel Iskandar Arif B Noor Akbar dan Muhd Ridzwan B Shahril yang mengungguli senarai terbaik dalam pasukan MRSM dengan score 7/7 dan 6/7. Mereka menduduki tempat keempat keseluruhan.

 

 
 
Untuk analisis papan terbaik pula, bagi papan terbaik, minimum permainan ialah sebanyak 4 permainan untuk setiap board. Score yang diambil kira ialah mengikut jumlah permainan serta peratus (%) keputusan individu.
 
Jika dilihat kepada score papan 1, antara Muhd Asyraf Razman dan Nur Sabrina Aliya. Kedua-duanya mempunyai markah serta peratus yang sama, namun hak papan terbaik pertama menjadi milik Nur Sabrina Aliya kerana pasukan SMK Abdul Rahman menduduki tempat lebih atas keseluruhan daripada pasukan Muhd Asyraf, SMK Ahmad.
 
Untuk papan kedua pula, Nur Syahirah Rokeman dan Daniel Iskandar Arif mempunyai juga markah serta peratus yang sama. Hak papan terbaik kedua menjadi milik Nur Syahirah daripada SMK Clifford A kerana keputusan pasukan yang lebih atas berbanding pasukan Daniel Iskandar, MRSM Muadzam.
 
Bagi papan ketiga, dua pemain dengan markah serta peratus yang sama iaitu Muhd Hisyamuddin Rusli dari SMA Persekutuan Bentong, dan Muhd Shakir Mohd Fauzi dari SM Imtiaz Kuala Terengganu. Keputusan memihak kepada Muhd Shakir dari Imtiaz kerana kedudukan pasukan sekolah.
 
Untuk papan keempat, kelima dan keenam tiada perbalahan atau perbandingan keputusan, Keputusan adalah "clean" dengan peratus yang lebih tinggi berbanding pemain lain.
 

 
 
Diharapkan penerangan diatas membantu pasukan-pasukan lain dalam merencana strategi pasukan untuk kejohanan akan datang. InsyaAllah, tahun hadapan bakal menjanjikan pertambahan pasukan serta tambahan hadiah-hadiah yang lebih menarik.. InsyaAllah.. sama-samalah kita mendoakan. 
 



GAMBAR-GAMBAR KEJOHANAN SABTU 22 JUNE 2013

 Pasukan Imtiaz Kuala Terengganu (kanan) yang mendahului daripada awal sehingga pusingan ke 6 dengan diketuai pemain yang masih "fresh" baru pulang daripada Chiangmai (ASEAN age-group), menentang pasukan MRSM Muadzam Shah dengan pemain papan kedua beliau yang merupakan pemain regular serta pernah menyertai ASEAN age group beberapa tahun dahulu.

 Pasukan SMK Clifford A (kiri) yang mengekori untuk merebut tempat ke-3 dalam pusingan ke 7 ini menentang SMA Persekutuan Bentong.

 Senario kejohanan di bilik utama.

 Pasukan SMK Abdul Rahman Talib yang menyertai kejohanan "last minute" dengan dua pemain yang mewakili negeri Pahang ke MSSM, mencatatkan keputusan secara sederhana diawal-awal pusingan namun menyerlah dipusingan ke 6 bila menewaskan SM Imtiaz Kuala Terengganu. Dalam pusingan ke-7 ini, SMK Abdul Rahman Talib menentang jiran mereka SMK Sultan Abu Bakar.

 Pasukan tuan rumah SMK St Thomas A, menentang SMK Mak Lagam Kemaman. Mereka berpuas hati dengan tempat ke 5 setelah prestasi pasukan dengan permainan yang turun naik pemain-pemain.

VIP yang hadir menutup kejohanan. Terima kasih yang tidak terhingga!

ULASAN KEJOHANAN SABTU 22 JUNE 2013...

Kejohanan Catur Rapid Berpasukan Sekolah-Sekolah Menengah Terbuka Pahang 2013 telah berlangsung dengan jayanya pada 22 Jun 2013 (sabtu) bertempat di SMK St Thomas Kuantan. Kejohanan dengan anjuran kerjasama SMK St Thomas Kuantan dan SMK Clifford Kuala Lipis berserta Jabatan Pelajaran Negeri Pahang telah menerima penyertaan seramai 26 pasukan (2 pasukan telah menarik diri sehari sebelum pertandingan berlangsung iaitu MRSM Kuala Lipis dan SEMSAS Kuantan).

Berikut adalah ulasan saya selaku ketua arbiter dan penasihat teknikal pertandingan. Secara keseluruhan memandangkan kejohanan adalah pertama kalinya (tidak pernah ada kejohanan berpasukan sekolah-sekolah menengah diadakan sebelum ini di Pahang).

Saya menjangkakan cabaran kejohanan kerana format yang pertama kali diadakan di Pahang dengan system 4 + 2. Biasanya amat jarang penganjur buat kejohanan berpasukan dengan format pemain simpanan ini (biasanya 4 pemain tanpa pemain simpanan, dan jika ada simpanan kejohanan biasanya dua hari), tapi saya menyahut cabaran untuk melakukannya. Walaupun ada pertukaran pemain untuk kesemua pasukan pada hari pertandingan tanpa dikenakan apa-apa penalty (mengenangkan ini adalah kejohanan pertama seumpamanya), kejohanan terpaksa dimulakan lewat, namun dapat juga kami menghabiskan kejohanan sehari ini pada lewat petang (tidak perlu sampai ke malam hari). Alhamdullillah..

Selain itu, kami juga menerima cabaran apabila ramai yang masih kurang faham format pertandingan bagaimana memasukkan pemain simpanan dalam senarai papan 1-2-3-4. Pemahaman tentang system naik tangga masih belum sempurna 100% kerana daripada pusingan pertama - ketujuh masih ada pasukan yang melakukan kesilapan. Untuk lebih adil, serta mengelakkan pasukan yang sama melakukan kesalahan, amaran dan penalty dengan markah 0 diberikan. Nampak extreme bukan? ada juga pemain serta pengurus pasukan yang marah serta tidak berpuas hati dengan mengatakan saya tidak memberi muka kerana mereka kurang faham, namun saya terpaksa melakukannya. Kerana saya percaya, jika penalty diberikan, ramai yang akan serik serta tidak lagi melakukan kesalahan! ternyata tekaan saya betul! tiada sekolah yang sama melakukan kesalahan yang sama! Alhamdullillah..

Kepada pasukan yang tidak berjaya, yang dikenakan penalty (pasukan sekolah tuan rumah iaitu SMK St Thomas B juga saya kenakan penalty), saya mohon ambil pengalaman ini sebagai pengajaran / iktibar dimasa-masa akan datang. Sebagai seorang yang pernah bergelar pemain, saya pernah melalui apa yang dilalui oleh peserta kejohanan. Sesungguhnya kesilapan yang dilakukan mematangkan saya, setiap kesilapan yang dilakukan ialah cikgu yang memberi saya pengalaman berharga untuk berjaya dihari mendatang..

Secara keseluruhan saya amat berpuas hati dengan pihak penganjur kerana menyediakan senarai helpers dan para technical officers yang begitu berdedikasi menjayakan tugas. Begitu juga dengan para arbiters yang terdiri daripada cikgu sekolah yang mengawal kejohanan tanpa ada apa-apa masalah besar untuk dirujuk kepada saya selaku chief arbiter. Terima kasih kepada semua, budi dan jasa tuan-tuan dan puan-puan hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalasnya... insyaAllah..

Terima kasih juga buat penganjur, atas usaha penganjuran, sponsors dan marketing kejohanan walaupun kolaborasi antara dua sekolah yang secara geografi nya terletak di dua daerah yang berbeza, namun kejituan semangat dalam menjayakan kejohanan selayaknya diberikan pujian, dan semoga menjadi contoh kepada sekolah-sekolah lain pula.. insyaAllah..