Wednesday, June 26, 2013

KEJOHANAN CATUR RAPID BERPASUKAN SEKOLAH-SEKOLAH TERBUKA PAHANG 2013 - ANALISIS

Penganjur bersetuju menggunakan system pemutus (tie-break) Match Point (MP), jika sama maka akan digunakan Game Point (GP) dan jika sama juga akan digunakan Personal Encounter (PE). Seperti kejohanan berpasukan yang lain yang pernah dianjurkan sebelum ini MP adalah yang paling sesuai. Ini kerana MP lebih adil untuk mewujudkan persaingan antara pasukan-pasukan.

MP dikira untuk 2 mata jika menang, walaupun margin kemenangan ialah 2.5-1.5, 3-1 atau 4-0. MP dikira 1 mata untuk pasukan jika seri dengan margin 2-2. Manakala jika kalah dengan margin 1.5-2.5, 1-3. 0-4 MP diberikan ialah 0.

Ramai yang bertanya, serta kurang berpuas hati bila berlaku keadaan dimana SM Imtiaz yang mempunyai GP yang begitu tinggi iaitu 21.5 menduduki tempat kedua. Ini kerana kami menggunakan MP dahulu.
 
 
Sila perhatikan gambarajah diatas. SMK Abdul Rahman Talib menang 5 permainan, seri 2 kali dan tiada kalah. Walaupun GP yang rendah tetapi MP yang tinggi kerana rata-rata kemenangan SMK Abdul Rahman Talib adalah hanya dengan margin yang rendah iaitu 2.5-1.5.
 
 
Malang buat SM Imtiaz, kekalahan di tangan SMK Abdul Rahman Talib pada round ke 6 serta seri dengan MRSM Muadzam Shah telah mengecewakan jumlah mata MP mereka hanya dengan ketinggalan 1 mata sahaja, gelaran juara telah terlepas daripada genggaman..
 
 
 
Bagi SMK Clifford A pula, mereka agak steady dengan persembahan secara berpasukan keseluruhan. Walaupun mempunyai MP sama seperti SM Imtiaz Kuala Terengganu, namun mereka kalah kepada tie-break kedua iaitu GP dengan perbezaan 1 mata sahaja. 
 
 
MRSM Muadzam Shah pula, jika dilihat kepada score pasukan, mereka mencipta terlalu banyak seri sebanyak 4 seri kerana kekuatan MRSM Muadzam terletak kepada pemain papan kedua mereka iaitu Daniel Iskandar Arif B Noor Akbar dan Muhd Ridzwan B Shahril yang mengungguli senarai terbaik dalam pasukan MRSM dengan score 7/7 dan 6/7. Mereka menduduki tempat keempat keseluruhan.

 

 
 
Untuk analisis papan terbaik pula, bagi papan terbaik, minimum permainan ialah sebanyak 4 permainan untuk setiap board. Score yang diambil kira ialah mengikut jumlah permainan serta peratus (%) keputusan individu.
 
Jika dilihat kepada score papan 1, antara Muhd Asyraf Razman dan Nur Sabrina Aliya. Kedua-duanya mempunyai markah serta peratus yang sama, namun hak papan terbaik pertama menjadi milik Nur Sabrina Aliya kerana pasukan SMK Abdul Rahman menduduki tempat lebih atas keseluruhan daripada pasukan Muhd Asyraf, SMK Ahmad.
 
Untuk papan kedua pula, Nur Syahirah Rokeman dan Daniel Iskandar Arif mempunyai juga markah serta peratus yang sama. Hak papan terbaik kedua menjadi milik Nur Syahirah daripada SMK Clifford A kerana keputusan pasukan yang lebih atas berbanding pasukan Daniel Iskandar, MRSM Muadzam.
 
Bagi papan ketiga, dua pemain dengan markah serta peratus yang sama iaitu Muhd Hisyamuddin Rusli dari SMA Persekutuan Bentong, dan Muhd Shakir Mohd Fauzi dari SM Imtiaz Kuala Terengganu. Keputusan memihak kepada Muhd Shakir dari Imtiaz kerana kedudukan pasukan sekolah.
 
Untuk papan keempat, kelima dan keenam tiada perbalahan atau perbandingan keputusan, Keputusan adalah "clean" dengan peratus yang lebih tinggi berbanding pemain lain.
 

 
 
Diharapkan penerangan diatas membantu pasukan-pasukan lain dalam merencana strategi pasukan untuk kejohanan akan datang. InsyaAllah, tahun hadapan bakal menjanjikan pertambahan pasukan serta tambahan hadiah-hadiah yang lebih menarik.. InsyaAllah.. sama-samalah kita mendoakan. 
 



No comments: