Monday, August 01, 2011

Salam Ramadhan!

Salam Ramadhan kepada semua pembaca blog ini. Sempena bulan Ramadhan ini, SCC akan beroperasi cuma pada hujung minggu sahaja, hari-hari biasa, SCC akan ditutup bagi menghormati kehadiran bulan Ramadhan. Walaupun demikian aktiviti catur saya akan bersambung seperti biasa pada bulan Ogos ini, kerana Festival Catur Malaysia akan bermula pada 17hb Ogos hingga 28hb Ogos seperti biasa di Cititel, Midvalley.

Diam tak diam masuk bulan Ogos sudah genap setahun SCC memulakan operasi, Alhamdullillah.. Rasanya untuk menyambut ulangtahun, kurang sesuai dibuat di bulan puasa ini, mungkin selepas Raya agaknya, InsyaALLAH!

Nombor telefon untuk dihubungi untuk pendaftaran masih lagi sama (019-9699879), cuma kalau ada yang sms tu, minta-minta lah meninggalkan nama anda senang untuk saya kenalpasti dan menyimpan nombor telefon anda.

Kalau nak register untuk Serie E pun boleh juga, cuma tarikh Serie E mungkin akan bertukar (masih lagi bulan October), walaubagaimanapun tetap akan dibuat selepas peperiksaan PMR tamat.

Salam Ramadhan dari,
NWM Khairunnisa' W
019-9699879