Friday, December 30, 2011

Tirai 2011 Dilabuhkan.....

1st SCC Grand FINALE 2011 yang berlangsung pada 24hb Disember 2011 adalah merupakan Kejohanan terakhir SCC dan Persatuan Catur Daerah Kuantan (PCDK) sebelum tirai 2011 dilabuhkan. Tarikh yang telah dipilih dan dirancang semenjak SCC Serie A dijalankan pada Februari 2011, adalah cukup bersesuaian sekali kerana kejohanan ulung FINALE ini berjaya menghimpun pemain terbaik dari setiap Grand Prix yang terdiri dari bukan calang-calang pemain!

Selaku pengarah pertandingan FINALE 2011, saya agak terharu dan tersentuh kerana ini merupakan kejohanan terbesar pertama yang pernah saya anjurkan dan dihadiri oleh hampir kesemua FINALIST, dan niat asal untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada pemain-pemain remaja dalam dan luar Kuantan tercapai jua di FINALE kali ini. Saya panjatkan syukur ke hadrat Ilahi!

Walaupun ada juga kelemahan FINALE kali pertama ini, namun saya telah mencuba memberi yang terbaik untuk memuaskan hati semua pemain, para pemerhati, arbiter, serta bloggers yang terlibat. Oleh kerana, jadual yang agak padat - sarapan pagi, makan tengahari dan makan petang disediakan, kemudahan solat juga disediakan seperti biasa, kupon parking diberikan percuma kepada yang parking di tempat letak kereta berbayar.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Chief Arbiter, En Najib Wahab yang sudi datang dari KL semata-mata untuk FINALE dan atas tahap pengadilan yang memuaskan hati semua pemain. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada bloggers FINALE 2011 iaitu Pn Haslindah Ruslan dan Pn Roslina Marmono yang juga datang daripada KL dan meng"update" blog tersebut sepanjang-panjang FINALE 2011. Ketekunan mereka dalam memberi yang terbaik untuk blog khas FINALE tersebut, amat saya kagumi!

Ucapan terima kasih juga untuk pemerhati yang datang dari dalam dan luar Kuantan, membuatkan kejohanan kali ni cukup meriah - Kehadiran Saprin dan anak-anak, Doni, Anis Nadzar dan rakan, Muhd Qhaider, para ibubapa dan penjaga, dan mereka yang tidak dapat saya sebutkan namanya disini.

Dan ternyata, jika tiada FINALISTs yang bertarung dan memberi yang terbaik serta bersaing dengan yang terbaik, maka tiadalah FINALE kali ini, terima kasih semua!

Sebelum FINALE berlangsung saya memberikan cabaran kepada pemain No. 1 Malaysia - IM Mas Hafizulhilmi, bolehkah dia mendapat markah sempurna - perfect 7/7 dalam FINALE (persetujuan dicapai antara saya dan IM Mas), kerana semasa FINALE saya akan membuat pengumuman, menawarkan insentif RM50 kepada sesiapa yang berjaya menang dengan IM Mas. Tujuan insentif ini ditawarkan ialah untuk memujudkan persaingan dan kesungguhan pemain memberikan cabaran kepada beliau. Kerana IM Mas juga memerlukan pesaingan dalam latihannya untuk menjadi Grandmaster pertama Malaysia. (hmm... rasanya jika FINALE 2012 berlangsung nanti, saya kena menaikkan insentif kepada RM100 pula, kerana tiada seorang pun yang berjaya menumbangkan IM Mas pada FINALE kali ini).

Saya juga agak terkilan kerana pada pusingan akhir harapan untuk melihat pemain-pemain dari Kuantan untuk menduduki top 5 hanya tinggal harapan semata kerana Mohd Khair tumpas kepada Kamaludin Yusuf dalam saingan yang cukup sengit dengan masa masing-masing hanya tinggal beberapa saat sahaja, Ali Akbar (yang sebelumnya bertindak cemerlang menumpaskan NM Kamal Arifin, serta seri dengan Kamaludin Yusuf) yang hanya memerlukan seri untuk kedudukan top 5 gagal ditangan IM Mas, dan Hamidi Taib yang hampir-hampir membuat kejutan dengan Juara Amatur Asia Ahmad Fadzil Nayan juga gagal memanipulasi kedudukan yang memihak kepada beliau pada asalnya. Pada pusingan sebelumnya, pemain Kuantan - Sharif Zaki yang memiliki kelebihan 1 Bishop juga gagal untuk menang keatas NM Zarul Shazwan. Saya juga mengalami nasib yang sama apabila dipusingan akhir di"pair"kan menentang NM Kamal Arifin.






Berdiri dari kiri - NWM Khairunnisa (Hadiah Wanita Terbaik), NM Kamal Arifin (Tempat ke-5), NM Zarul Shazwan (Tempat ke-3), IM Mas Hafizul (Juara 1st SCC Grand FINALE 2011), Kamaludin Yusuf (Tempat ke-2) dan Juara Amatur Asia 2011 - Ahmad Fadzil Nayan (Tempat ke-4)Duduk dari kiri - Asman Aminullah (Naib Presiden PCDK), Nordin Md Yamin (Setiausaha PCDK), Kamal Azmi (Presiden PCDK), Najib Wahab (Chief Arbiter FINALE 2011) dan Razman Maulot (AJK PCDK).

Secara peribadi sebagai penganjur, ucapan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga saya yang berterusan menyokong perjuangan SCC dari awal hingga kini, sebagai pengarah pertandingan, terima kasih kepada PCDK kerana nama inilah yang memantapkan perjuangan SCC di Kuantan, sebagai pemain, terima kasih kepada semua pemain lain termasuk semua lawan saya :-))



Sehingga kita bertemu lagi! insyaAllah!



Wassalam,



NWM Khairunnisa' W