Saturday, January 22, 2011

Liga Catur Kuantan Final Round Result


Fuh! betul-betul sengit saingan Liga Pusingan Terakhir semalam (jumaat)! Debaran terasa daripada saat permainan bermula sehinggalah ke saat akhir! Debaran bukan setakat penentuan tempat pertama kedua, tetapi penentuan tempat ke tiga.

Untuk penentuan tempat ke-3, pasukan SMART yang cuma memerlukan seri untuk menduduki tempat ketiga dihampakan oleh pasukan SEGAN SILU dengan kekalah tipis 1.5 - 2.5. Dan saingan tempat ke-3 kini terbuka kepada pasukan SEGAN SILU dan YOUNG & DANGEROUS. YOUNG DANGEROUS berjaya dalam perebutan ini apabila menang ke atas NAMELESS dengan keputusan 3-1, dan setengah mata ini sahajalah membezakan YOUNG & DANGEROUS dan pasukan SEGAN SILU. Fuh! betul-betul tidak disangka!

Untuk perebutan takhta juara liga, SETIA menghadapi tentangan hebat dari pasukan FENDY & DA GANG. Dan hampir-hampir kehilangan status juara apabila FENDY memulakan rentak apabila papan kedua Abdul Khalid - FENDY yang bermain english opening agak solid untuk mengekang kemaraan serangan Kamal Ariffin - SETIA. Permainan berakhir dengan seri. Nurul Huda - SETIA di papan ke empat berjaya mengumpul mata pendahuluan buat seketika apabila menang dengan Sabrina Aliya - FENDY. Kapten pasukan FENDY, Effendy Zakaria menyamakan kedudukan di papan ketiga apabila menang terhadap Kapten pasukan SETIA, Kamal Azmi. Kini harapan SETIA bergantung kepada Khair yang tinggal hanya berbaki beberapa minit menentang Asman di papan pertama.

Pasukan KCC sudahpun menamatkan kesemua permainan. Pihak SETIA menjangkakan KCC pasti menang mudah 4-0, dan kerana itu SETIA amat-amat memerlukan kemenangan. Namun tiada siapa menduga, Rosli - VAMPIRE berjaya mencuri satu mata dari KCC dengan membuat kejutan ke atas Sulaiman a.k.a Jono. Dan KCC menang dengan margin 3-1 ke atas pasukan VAMPIRE.

Setelah mengetahui keputusan SETIA - FENDY, dalam keadaan terikat, pemain-pemain KCC berkerumun menyaksikan detik-detik Khair diambang kekalahan dengan masa kini tinggal beberapa saat. Rata-rata ramai yang menggeleng kepala dan menjangka kekalahan Khair. Dengan masa tinggal 46 saat Khair membuat keputusan yang bijak mencari perpetual dan game berakhir dengan seri.

Pihak SETIA agak hampa dengan keputusan ini, dan KCC begitu yakin meraikan kemenangan muncul juara yang diidamkan setelah bertahun-tahun mencuba.

Setia Chess Centre selaku penganjur menyemak keputusan berkali-kali dan saya juga menelefon En Najib Wahab untuk memastikan keputusan yang akan dibuat. Ini kerana keputusan match point kedua-dua pasukan sama iaitu - 8, dan keputusan game point juga sama iaitu - 14, maka sistem pemutus yang seterusnya digunakan iaitu Personal Encounter (PE), keputusan game antara SETIA dan KCC dipusingan sebelumnya.

Oleh yang demikian SETIA dinobatkan juara. Walaupun gelaran juara dirangkul, namun kemenangan ini kali ini memang betul-betul tipis dan merupakan pengajaran yang cukup berharga buat SETIA. .

Saya dan pihak penaja Liga, mengzahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pemain, ibu-bapa, penjaga dan penonton yang datang memeriahkan kejohanan. Sokongan anda memberi inspirasi kepada pengurusan SETIA CHESS CENTRE untuk menganjurkan Liga Edisi kedua pula. Ini kerana Kualiti yang diharapkan pada Liga kali ini memang betul-betul diluar jangkaan, dan semangat yang ditunjukkan serta keterujaan pemain-pemain yang beraksi telah menentukan tahap yang agak tinggi (benchmark) Liga Kuantan pada Edisi Pertama ini. Semoga kita berjumpa lagi!

Pictures From Liga Kuantan 21 Jan 2011

gambar semasa blitz
kiri - Wong Kee Boon, sebelah beliau ialah Khairunnisa
Mohd Khair, dan disebelah beliau ialah Wan Ali Wan Manan
kelihatan Khairilhelmi (berbaju putih) menentang Jono, disebelah ialah Kamal Azmi vs Sabrina
Pemenang tempat ke-3 Liga Catur Kuantan, wakil pasukan YOUNG & DANGEROUS - Wong Kee Boon menerima hadiah dari Presiden PCDK.
Pemenang tempat ke-2 Liga Catur Kuantan, KCC dengan wakilnya Sulaiman Johari a.k.a Jono.
Johan Liga Catur Kuantan edisi pertama - pasukan SETIA, dengan wakilnya Kamal Ariffin.
Sekitar pusingan akhir, antara SETIA - FENDY
Ketua pasukan FENDY - Effendy menentang ketua pasukan SETIA - Kamal Azmi
Sabrina - FENDY menentang Nurul Huda - SETIA
Pasukan THREE STAR menentang INNOCENT PAWN. Dipapan kedua Meor Airil berjaya membuat upset apabila menang dengan Abdul Majid, pemain veteran dari Kuantan.
KCC menentang VAMPIRE. Papan ke-4 Wan Ali - KCC menentang Nordin Othman, di papan ke-3 Zainal Omar - KCC vs Razali Liki - VAMPIRE, dan disebelah Razali, ialah Rosli.
Pemenang tempat ke-3 yang tidak dijangka disebelah kanan pasukan YOUNG & DANGEROUS vs NAMELESS (pasukan dari SMK st thomas)
Abdul Khalid - FENDY vs Kamal Ariffin - SETIA, dan disebelahnya Asman - FENDY vs Khair - SETIA
Jono - KCC vs Rosli - VAMPIRE.
Hazid Ekquan - INNOCENT PAWN, dan Adam Julian - INNOCENT PAWN, pemain junior bawah 12 tahun.
Meor Airil - INNOCENT PAWN dan Meor Adib
YOUNG & DANGEROUS vs NAMELESS. Kelihatan dalam gambar ialah papan pertama Nordin vs Islahuddin, papan kedua Wong Kee Boon vs Mohd Alif Imran, papan ke-3 Khirranya vs Amirul Aiman dan Kuhan vs Phuah.
Adam Julian vs Anis Nadzar - THREE STAR

Thursday, January 20, 2011

Blitz anyone this friday ? (21 jan 2011)

Anda berminat?

Selepas acara penyampaian hadiah Liga Catur Kuantan, akan diadakan BLITZ bermula jam 11 malam.

ANDA BERANI? tunggu apa lagi, silalah ke SCC jumaat ini!

jumpa disana!!!

Monday, January 17, 2011

Pictures From Liga Kuantan

In the pic is Khairunnisa (Setia Chess) up against Zainal Omar (KCC). Next to her is Asman (Fendy & Da Gang), next to Asman is Khalid Musa also from Fendy & Da Gang.
The scene of round 4 Liga Kuantan
Team Vampire (the veterans) vs Nameless
The game on! between KCC and Setia. In the pic - Hamidi (black) vs Kamal Arifin (white), besides Kamal is Khair against Ali (hidden in this pic). And besides Hamidi is Sulaiman or better known as Jono by the locals.
The siblings of Setia Chess
Third table - Three Star (Izzat Muhaimin) vs Segan Silu (Shazmie). Besides Shazmie is Khairilhelmi who is up against Ameersyah Adhwa.
Effendy (Fendy & Da Gang) vs Ng Zheng Ann (SMART) the deciding match! Besides Fendy is Razman, and next to him in the pic is Asman Amin.
Table 5 - Young & Dangerous team (in the pic is Idham Zaharudie) vs Innocent Pawn. In Board 1 Innocent Pawn as you can see in the pic is the siblings Meor Adib and Meor Airil.
Aina Syamimi (Young & Dangerous) vs Adam Julian (Innocent Pawn), Kuhan (Young & Dangerous) vs Hazid Ekquan (Innocent Pawn), Idham vs Meor Airil. Meor Airil is the sole winner for his team in this round.