Saturday, January 22, 2011

Liga Catur Kuantan Final Round Result


Fuh! betul-betul sengit saingan Liga Pusingan Terakhir semalam (jumaat)! Debaran terasa daripada saat permainan bermula sehinggalah ke saat akhir! Debaran bukan setakat penentuan tempat pertama kedua, tetapi penentuan tempat ke tiga.

Untuk penentuan tempat ke-3, pasukan SMART yang cuma memerlukan seri untuk menduduki tempat ketiga dihampakan oleh pasukan SEGAN SILU dengan kekalah tipis 1.5 - 2.5. Dan saingan tempat ke-3 kini terbuka kepada pasukan SEGAN SILU dan YOUNG & DANGEROUS. YOUNG DANGEROUS berjaya dalam perebutan ini apabila menang ke atas NAMELESS dengan keputusan 3-1, dan setengah mata ini sahajalah membezakan YOUNG & DANGEROUS dan pasukan SEGAN SILU. Fuh! betul-betul tidak disangka!

Untuk perebutan takhta juara liga, SETIA menghadapi tentangan hebat dari pasukan FENDY & DA GANG. Dan hampir-hampir kehilangan status juara apabila FENDY memulakan rentak apabila papan kedua Abdul Khalid - FENDY yang bermain english opening agak solid untuk mengekang kemaraan serangan Kamal Ariffin - SETIA. Permainan berakhir dengan seri. Nurul Huda - SETIA di papan ke empat berjaya mengumpul mata pendahuluan buat seketika apabila menang dengan Sabrina Aliya - FENDY. Kapten pasukan FENDY, Effendy Zakaria menyamakan kedudukan di papan ketiga apabila menang terhadap Kapten pasukan SETIA, Kamal Azmi. Kini harapan SETIA bergantung kepada Khair yang tinggal hanya berbaki beberapa minit menentang Asman di papan pertama.

Pasukan KCC sudahpun menamatkan kesemua permainan. Pihak SETIA menjangkakan KCC pasti menang mudah 4-0, dan kerana itu SETIA amat-amat memerlukan kemenangan. Namun tiada siapa menduga, Rosli - VAMPIRE berjaya mencuri satu mata dari KCC dengan membuat kejutan ke atas Sulaiman a.k.a Jono. Dan KCC menang dengan margin 3-1 ke atas pasukan VAMPIRE.

Setelah mengetahui keputusan SETIA - FENDY, dalam keadaan terikat, pemain-pemain KCC berkerumun menyaksikan detik-detik Khair diambang kekalahan dengan masa kini tinggal beberapa saat. Rata-rata ramai yang menggeleng kepala dan menjangka kekalahan Khair. Dengan masa tinggal 46 saat Khair membuat keputusan yang bijak mencari perpetual dan game berakhir dengan seri.

Pihak SETIA agak hampa dengan keputusan ini, dan KCC begitu yakin meraikan kemenangan muncul juara yang diidamkan setelah bertahun-tahun mencuba.

Setia Chess Centre selaku penganjur menyemak keputusan berkali-kali dan saya juga menelefon En Najib Wahab untuk memastikan keputusan yang akan dibuat. Ini kerana keputusan match point kedua-dua pasukan sama iaitu - 8, dan keputusan game point juga sama iaitu - 14, maka sistem pemutus yang seterusnya digunakan iaitu Personal Encounter (PE), keputusan game antara SETIA dan KCC dipusingan sebelumnya.

Oleh yang demikian SETIA dinobatkan juara. Walaupun gelaran juara dirangkul, namun kemenangan ini kali ini memang betul-betul tipis dan merupakan pengajaran yang cukup berharga buat SETIA. .

Saya dan pihak penaja Liga, mengzahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pemain, ibu-bapa, penjaga dan penonton yang datang memeriahkan kejohanan. Sokongan anda memberi inspirasi kepada pengurusan SETIA CHESS CENTRE untuk menganjurkan Liga Edisi kedua pula. Ini kerana Kualiti yang diharapkan pada Liga kali ini memang betul-betul diluar jangkaan, dan semangat yang ditunjukkan serta keterujaan pemain-pemain yang beraksi telah menentukan tahap yang agak tinggi (benchmark) Liga Kuantan pada Edisi Pertama ini. Semoga kita berjumpa lagi!

No comments: