Friday, June 21, 2013

KEJOHANAN CATUR RAPID BERPASUKAN SEKOLAH-SEKOLAH 22 JUNE 2013 (SABTU)

Good news, I have just received confirmation, that Jax Tham will be coming over to Kuantan, to sell some chess books during the tournament.

Jadi apa tunggu lagi! kepada semua pemain, guru-guru, ibubapa dan penjaga, silalah menjengah ke gerai buku catur Jax Tham untuk membeli buku-buku yang biasanya didapati hanya di Kuala Lumpur sahaja!

Jom kita tambah ilmu catur kita!

Thursday, June 20, 2013

KEJOHANAN CATUR RAPID BERPASUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH TERBUKA PAHANG 2013

Kejohanan yang bakal berlangsung pada hari sabtu ini (22 Jun 2013) bertempat di SMK St Thomas Kuantan menerima penyertaan seramai 28 pasukan. Alhamdullillah, kejohanan kerjasama SMK St Thomas dan SMK Clifford ini beserta Jabatan Pelajaran Negeri Pahang yang merupakan kejohanan Berpasukan sekolah-sekolah yang seumpamanya pernah dianjurkan di Negeri Pahang ini.

Sebagai tuan rumah, SMK St Thomas dan SMK Clifford menghantar penyertaan seramai dua pasukan masing-masing, manakala sekolah lain dibenarkan menghantar penyertaan satu pasukan setiap sekolah.

Berikut adalah senarai pasukan yang telah berdaftar sehingga hari ini Khamis 20 Jun 2013. Menurut Puan Khor, penyertaan telahpun ditutup.

Senarai pasukan :
1. SMK St Thomas A, Kuantan
2. SMK Clifford A, Kuala Lipis
3. SMK Bukit Goh, Kuantan
4. SMK Cenderawasih, Kuantan
5. SMK Sains Tengku Abdullah, Raub
6. SMK Air Putih, Kuantan
7. Sek Model Khas Seri Tualang
8. SM Sains Sultan Hj Ahmad Shah, Kuantan
9. SM Imtiaz Ulul Albab, Melaka
10. SMA Persekutuan, Bentong
11. SMK Ahmad, Pekan
12. SMK Seri Jengka, Maran
13. SMK (P) Methodist, Kuantan
14. SMK Abu Bakar, Kuantan
15. SMK Beserah, Kuantan
16. MRSM Tun Abdul Razak, Pekan
17. SBPI, Kuantan
18. SMKJK (C) Chung Hwa, Kuala Lipis
19. MRSM Tun Ghazali Shafie, Kuala Lipis
20. MRSM Muadzam Shah
21. SMK Mak Lagam, Kemaman
22. SM Imtiaz YT, Kuala Terengganu
23. SMK St Thomas B, Kuantan
24. SMK Clifford B, Kuala Lipis
25. SM Abdul Rahman Talib, Kuantan
26. SMK Bukit Rangin, Kuantan
27. SMK Paya Besar, Kuantan
28. SMK Sultanah Kalsom, Kuantan

Berdasarkan senarai sekolah yang berdaftar, kejohanan ini bakal menjanjikan persaingan yang cukup menarik! All the best to all players!