Wednesday, September 23, 2009

Salam Lebaran 2009!

Hari ini, masuk syawal ke-4 kita beraya.. Kepada semua kawan-kawan, peminat-peminat catur yang tak putus-putus menghantar sms, e-mail, dan ada juga yang pos kad raya, saya ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kerana kesudian meluangkan masa mengingati sempena hari yang cukup mulia ini...

Kepada semua kawan-kawan terutama pembaca blog ini, saya memohon lafaz ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa, terluka hati tatkala bicara sepanjang saya menjadi blogger, termasuk juga ada saat dan ketika ramai meminta-minta untuk blog ini di updatekan pada saat itu juga lah, majikan saya meminta-minta kerja saya di pejabat juga di updatekan.. mohon kemaafan sekali lagi! (seperti yang sedia maklum, nukilan dalam blog ini adalah cetusan hati pandangan saya selaku peminat sukan catur, hobi nombor satu yang bertakhta dihati, namun, pekerjaan saya adalah periuk nasi, dan kerjaya yang menyara saya sekeluarga)..

Seperti biasa, saya tidak mengambil cuti raya, cuma cukup sekadar cuti umum yang diberi kerajaan Malaysia selama 3 hari.. Alasan utama, kerana saya malas hendak berebut cuti dengan staff pejabat, dan alasan kedua, kerana setiap tahun bulan Ogos saya telah kemaruk mengambil cuti Malaysian Chess Festival! Namun, raya tahun ini, memang agak kepenatan, kerana saya tidak cukup rehat merancang perjalanan raya untuk memuaskan hati kedua orang tua. Raya pertama beraya di Kuala Lipis, Pahang. Raya kedua di Temerloh, Pahang (dek keadaan tidak mengizinkan untuk singgah ke kampung Awah, kalau tidak mungkin ketemu dengan kak Zaza - mak nabila dan najiha pada tahun ini) dan raya ke tiga, bertandang ke rumah bakal adik ipar. Dan di pejabat lah saya menyiapkan kerja pada raya ke-4 dan seterusnya....

Kepada yang menantikan update, insyaAllah akan saya usahakan, namun peringatan untuk pembaca blog ini, selepas sistem baru bakal dilancarkan dan pejabat bangunan baru yang akan dibangunkan nanti, saya memang akan terlalu sibuk dengan kerja-kerja pejabat..

Walaubagaimanapun, bilamana saya berpeluang untuk berkarya dalam blog ini, akan ada jua hasil untuk tatapan peminat catur semua...

Salam Lebaran 1430 Hijrah untuk semua!

No comments: