Sunday, May 13, 2012

Pahang Closed 2012 19/5-20/5/12

Makluman kepada semua yang bermastautin di Pahang untuk tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh kejohanan, atau pemegang kad pengenalan 06 (lahir di Pahang), atau mempunyai ibubapa yang mempunyai kerakyatan Pahang - Anda semua dipelawa menyertai Kejohanan Catur Tertutup Pahang yang bakal diadakan pada 19hb Mei - 20hb Mei 2012.

Kejohanan yang julung kali diadakan dengan kawalan masa 1 jam seorang hingga tamat ini akan dibuka kepada ahli Persatuan Catur Daerah Kuantan atau ahli Kelab Catur Kuantan sahaja! Jika anda berminat menyertai anda mestilah mendaftar menjadi ahli terlebih dahulu.

Berikut adalah maklumat kejohanan :

Tarikh - 19hb Mei (sabtu) - 20hb Mei 2012 (ahad)
Tempat - SCC
Pusingan - 7 pusingan (Taklimat kejohanan 8.30am - 8.45am, Pusingan 1 jam 9am)
Kawalan masa - 1 jam seorang hingga tamat
Yuran penyertaan - RM25.00

Senarai hadiah-hadiah :
Johan - Wang tunai RM500.00
Kedua - Wang tunai RM300.00
Ketiga - Wang tunai RM200.00
Keempat - Wang tunai RM100.00
Kelima - Wang tunai RM75.00
Keenam - Kesepuluh - Wang tunai RM50.00

Untuk pendaftaran atau maklumat lanjut sila hubungi - Khairunnisa 019-9699879

No comments: