Sunday, August 03, 2014

POLISAS CLASSICAL OPEN CHESS CHAMPIONSHIP


PEMBAYARAN DIBUAT KE AKAUN MBB 157447023513 (NUR BARIRAH MOHD TAHIR)
           
SMS (CATUR POLISAS) (NAMA PENUH PESERTA) (NOMBOR KAD PENGENALAN) (TARIKH & MASA PEMBAYARAN) ke nombor 014-5256519

PENDAFTARAN JUGA BOLEH DI BUAT DI POLISAS CHESS

PERTANYAAN SILA HUBUNGI DILA 0145256519 EMA 011-37580235

PENGINAPAN YANG BERDEKATAN:HOTEL MAKMUR INN TWIN SHARING ROOM 
                                                       RM80 SILA HUBUNGI 019-5655369/370/371.
                                                       BILIK ADALAH TERHAD.(DALAM POLISAS)                     

TARIKH TUTUP:  3 SEPT 2014 (PENYERTAAN TERHAD KEPADA 200 PESERTA SAHAJA)

Thursday, June 26, 2014

AGM Persatuan Catur Daerah Kuantan

Salam kepada semua peminat catur di Pahang amnya, dan di Kuantan khususnya,

Pihak SCC baru sahaja mendapat perkhabaran satu AGM Persatuan Catur Daerah Kuantan (PCDK) akan diadakan pada Sabtu ini 28 Jun 2014, bertempat di SCC pada jam 4 petang.

Dengan hormatnya saya menyeru, pencinta serta peminat catur sama-sama mengambil inisiatif untuk menghadirkan diri pada sidang AGM, sama ada untuk memberi sebarang cadangan, atau bertanding merebut jawatan.

Sekian.

Friday, January 17, 2014

UMP Pekan Open 26 Jan 2014 (Sunday)

Ada lima (5) tambahan hadiah akan disediakan!

1) Terbaik Sek Rendah - Medal + Hamper + Sijil
2) Kedua Terbaik Sek Rendah - Medal + Hamper + Sijil
3) Terbaik Sek Menengah - Medal + Hamper + Sijil
4) Kedua Terbaik Sek Menengah - Medal + Hamper + Sijil
5) Terbaik Wanita - Medal + Hamper + Sijil

Jadi apa tunggu lagi? Jom register!!!

Call en Razman - 012 9891734

Friday, January 10, 2014

Kejohanan Catur Terbuka UMP Pekan Kali Pertama 2014 (26/1/2014 - Ahad)


Tarikh              : 26 Januari 2014 (Ahad)
Masa                : 8.30 Pagi – 5.30 Petang
Tempat             : Bilik Aktiviti Pelajar, Fakulti Kejuruteraan
Elektrik & Elektronik, UMP PEKAN
 
 
Harap maklum, kejohanan ini menawarkan rating CCR (Cerdik Catur Rating!). Sijil penyertaan akan diberikan kepada semua peserta.
 
Yuran kejohanan adalah sebanyak RM20.00 seorang, untuk memudahkan pengurusan, sila buat bayaran awal ke akaun Maybank ‘151306683281’ (atas nama Razman bin Mohd Maulot).
Pendaftaran awal amat digalakkan bagi memastikan pihak tuan mendapat tempat kerana hanya 100 penyertaan terawal yang akan diterima. Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum atau pada 24 januari 2014. Sila sms ke 0129891734 untuk pendaftaran.

Yuran hendaklah dibayar pada dan sebelum 24 januari 2014 (Iaitu tarikh tutup penyertaan) kecuali untuk penyertaan berkumpulan dari pihak sekolah yang mungkin menyukarkan pihak sekolah untuk membuat kutipan yuran sebelum hari kejohanan.

 
HADIAH KEJOHANAN
 
Johan                                                                           Wang Tunai RM300 + Piala Pusingan + Medal +Sijil Pencapaian
Naib Johan                                                                   Wang Tunai RM200 + Medal + Sijil
Ketiga                                                                          Wang Tunai RM150 + Medal + Sijil
Ke-4                                                                             Wang Tunai RM100 + Medal + Sijil
Ke-5                                                                             Wang Tunai RM80 + Medal + Sijil
Ke-6                                                                             Wang Tunai RM60 + Medal + Sijil
Ke-7                                                                             Wang Tunai RM50 + Medal + Sijil
Ke-8                                                                             Wang Tunai RM40 + Medal + Sijil
Ke-9                                                                             Wang Tunai RM40 + Medal + Sijil
Ke-10                                                                            Wang Tunai RM40 + Medal + Sijil
Ke-11                                                                            Hamper + Sijil
Ke-12                                                                            Hamper + Sijil
Ke-13                                                                            Hamper + Sijil
Ke-14                                                                            Hamper + Sijil
Ke-15                                                                            Hamper + Sijil
Ke-16                                                                            Hamper + Sijil
Ke-17                                                                            Hamper + Sijil
Ke-18                                                                            Hamper + Sijil
Ke-19                                                                            Hamper + Sijil
Ke-20                                                                            Hamper + Sijil
*Hadiah cabutan bertuah disediakan sumbangan Cerdik Catur Enterprise*
 
Jom beramai-ramai meriahkan kejohanan yang dianjurkan di Pekan buat kali pertama ini! All the best!

Wednesday, January 08, 2014

UMP Pekan Open 26 Jan 2014 (Sunday)

I have heard there will be a chess tourney organized by Badan Kebajikan Staf Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, on Sunday 26 Jan 2014, at the same faculty at UMP Pekan.

Do hope they can get many players for the event, as I am looking forward to participate as well! yeay!

I will post more info later once it is finalized! Or you can call En Razman at 012-9891734 for confirmation!

Thursday, January 02, 2014

2014!

Happy new year 2014! another year has passed, and time to move on again..

My new chess resolution would be very different this year.. SCC will be operating for this one whole year 2014, and after that I m thinking on closing it down. I think I have done enough chess in Kuantan, and its about time somebody else do their shares to develop chess in Kuantan.

Since I came back to chess (after long retirement in 1996 after I got back from Chess Olympiad in Yerevan, Armenia) in 2006, I started off with one student. During the times, i have been to many chess courses, asking for advises on how to improve my coaching, became the arbiter and learning so many things about chess in total! in 2007 with the support from friends and family, i made a bold move organizing the first chess event in Kuantan (after so many years), with only RM300 on hand, i managed to get 167 players participating! in 2008 we had formed "Kelab Catur Kuantan", and in 2009 "Persatuan Catur Daerah Kuantan", after that the rest is just history.

I love what i did back then, organizing chess events, arbitrating, coaching and see the joy in their eyes when they qualify to MSSM or manage to get better spot in any tourney they participated... That is what kept me going all those years. But in 2013, i m tired.. i don't have the passion for chess inside me anymore.. with so many politics, feud, and those that dislike me since the very beginning, i think i had enough.. I m still keen to give one last kick through out this 2014, but after that i have to think about the future..

The flood that hit my home last December has made me realize that my family is above all. I have a mom with parkinsons, and my dad who will be 76 this year is not doing well too.. Both of them are aging rapidly and i m missing my times with them before, busy with chess and work. I have sacrifice my money and my time with chess.. now its the time to spend all that to my family.

I welcomed 2014 with all the positive note on chess in Pahang! And i pray to see more tournaments, more new talents, and more improvements of chess here in Pahang!

Happy new year!

Wednesday, November 06, 2013

SMKST Blitz Open 9/11/2013 (Saturday)


We are still open for registration as the school commenced today after two days holiday due to Pahang qualified and won the football Piala Malaysia, and Maal Hijrah which falls on Monday and Tuesday.

This will be our last event for the year 2013 in Kuantan, and our first event to start solo under SCC. The tournament is juz to show our appreciation towards the school which continuously since 2009 has giving us the support in promoting chess as part of education to their form 1 and 2 students.

This is a blitz tournament with a 5 min time control per person. Its a fast and quick chess in which some people used to call it "Lightning Chess". It will be a good practice to those playing in MSSD Kuantan next year, as when players think too long, the chess clock will be opted to be played at 5 min time. Many started to panic as most players are not used to the clock. Therefore, come and join this event and practice your skill in 5 min games!

Register now! 019-9699879 - Khairunnisa' (MBB 106016376093)

Friday, November 01, 2013

KEJOHANAN CATUR KILAT DI SMK ST THOMAS

Satu kejohanan catur kilat atau lebih dikenali dengan Blitz akan diadakan di SMK ST THOMAS.lokasi ini dipilih memandangkan ini adalah kali terakhir kejohanan catur akan diadakan di lokasi ini kerana ianya akan ditutup dan dipindahkan ke lokasi yang akan dimaklumkan oleh kerajaaan negeri.

Tarikh : 9 November 2013
Masa  : 09.00 pagi
Tempat : SMK ST THOMAS
Kawalan Masa : 5 minit setiap peserta
Format : 7 Pusingan Swiss Sistem
Yuran Penyertaan : RM30,RM25(Bekas Pelajar)

TERBUKA DAN TERHAD KEPADA 80 PESERTA TERAWAL SAHAJA !!

JOHAN-RM200
N/JOHAN-RM160
KETIGA-RM130
KE-4 -RM100
KE-5 -RM80
KE-6 -RM50
KE-7 -RM50
KE-8 -RM50
KE-9 -RM40
KE-10-RM40


Thursday, October 17, 2013

Terbuka PACU - UUM 2013

Jika ada yang berhasrat untuk cuti-cuti Malaysia ke utara pada 16hb November ini, sertailah kejohanan Terbuka PACU-UUM pada 16 November 2013 (sabtu), bertempat di Dewan DPP TM, UUM. Hadiah-hadiah menarik disediakan untuk pemenang-pemenang kejohanan!

Sila berhubung dengan Syed Iskandar - 019-4641001 untuk keterangan lanjut.

Wednesday, June 26, 2013

KEJOHANAN CATUR RAPID BERPASUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH TERBUKA PAHANG 2013 - RESULTS!

TARIKH : 22 Jun 2013
MASA : 7.30am – 6.00pm
Tempat : SMK Saint Thomas, Kuantan


Laporan Ringkas : Seramai 26 pasukan dari Negeri Pahang, Terengganu dan Melaka telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Kejohanan ini telah berjalan secara lancar dan berjayanya. Tuan Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, JPN Pahang, Tuan Haji Mohd Raauf bin Hj. Jali, AAP., AMP.telah  merasmikan penutupan kejohanan ini.



 Tuan Ketua Sektor, Tuan Haji Mohd Raauf bin Hj. Jali, AAP., AMP sedang melihat pemain-pemain bertanding


Ucapan Tuan Pengetua SMK Saint Thomas, Kuantan- Tuan Haji Asruddin bin Haji Abas

 Ucapan perasmian penutupan oleh Tuan Haji Mohd Raauf bin Hj. Jali, AAP., AMP.

 Berikut adalah keputusan kejohanan catur ini:
 Johan Pasukan : SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan


 Naib Johan Pasukan : SM Imtiaz YT, Kuala Terengganu

Tempat Ketiga berpasukan : SMK Clifford A, Kuala Lipis

Papan Terbaik Pertama :

Nur Sabrina Aliya bt Asman – SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan

Papan Kedua terbaik:

Nur Ayahirah binti Rokeman – SMK Clifford A, Kuala Lipis

Papan Ketiga Terbaik
Muhd Shakir bin Mohd Fauzi – SM Imtiaz YT, Kuala Terengganu

Papan Keempat Terbaik

Mohd Ainal Farhan bin Mohd Johari – Sekolah Model Khas seri Tualang, Temerloh

Papan Kelima Terbaik

Muhammad Ridzwan bin Shahril- MRSM Muadzam Shah

Papan Keenam Terbaik

Muhd Razin bin Rumly – SMK Paya Besar, Kuantan

 Keputusan penuh di chess-results.com

Tahniah kepada pemenang-pemenang. InsyaAllah kita berjumpa lagi ditahun hadapan..! (aaminn!)

KEJOHANAN CATUR RAPID BERPASUKAN SEKOLAH-SEKOLAH TERBUKA PAHANG 2013 - ANALISIS

Penganjur bersetuju menggunakan system pemutus (tie-break) Match Point (MP), jika sama maka akan digunakan Game Point (GP) dan jika sama juga akan digunakan Personal Encounter (PE). Seperti kejohanan berpasukan yang lain yang pernah dianjurkan sebelum ini MP adalah yang paling sesuai. Ini kerana MP lebih adil untuk mewujudkan persaingan antara pasukan-pasukan.

MP dikira untuk 2 mata jika menang, walaupun margin kemenangan ialah 2.5-1.5, 3-1 atau 4-0. MP dikira 1 mata untuk pasukan jika seri dengan margin 2-2. Manakala jika kalah dengan margin 1.5-2.5, 1-3. 0-4 MP diberikan ialah 0.

Ramai yang bertanya, serta kurang berpuas hati bila berlaku keadaan dimana SM Imtiaz yang mempunyai GP yang begitu tinggi iaitu 21.5 menduduki tempat kedua. Ini kerana kami menggunakan MP dahulu.
 
 
Sila perhatikan gambarajah diatas. SMK Abdul Rahman Talib menang 5 permainan, seri 2 kali dan tiada kalah. Walaupun GP yang rendah tetapi MP yang tinggi kerana rata-rata kemenangan SMK Abdul Rahman Talib adalah hanya dengan margin yang rendah iaitu 2.5-1.5.
 
 
Malang buat SM Imtiaz, kekalahan di tangan SMK Abdul Rahman Talib pada round ke 6 serta seri dengan MRSM Muadzam Shah telah mengecewakan jumlah mata MP mereka hanya dengan ketinggalan 1 mata sahaja, gelaran juara telah terlepas daripada genggaman..
 
 
 
Bagi SMK Clifford A pula, mereka agak steady dengan persembahan secara berpasukan keseluruhan. Walaupun mempunyai MP sama seperti SM Imtiaz Kuala Terengganu, namun mereka kalah kepada tie-break kedua iaitu GP dengan perbezaan 1 mata sahaja. 
 
 
MRSM Muadzam Shah pula, jika dilihat kepada score pasukan, mereka mencipta terlalu banyak seri sebanyak 4 seri kerana kekuatan MRSM Muadzam terletak kepada pemain papan kedua mereka iaitu Daniel Iskandar Arif B Noor Akbar dan Muhd Ridzwan B Shahril yang mengungguli senarai terbaik dalam pasukan MRSM dengan score 7/7 dan 6/7. Mereka menduduki tempat keempat keseluruhan.

 

 
 
Untuk analisis papan terbaik pula, bagi papan terbaik, minimum permainan ialah sebanyak 4 permainan untuk setiap board. Score yang diambil kira ialah mengikut jumlah permainan serta peratus (%) keputusan individu.
 
Jika dilihat kepada score papan 1, antara Muhd Asyraf Razman dan Nur Sabrina Aliya. Kedua-duanya mempunyai markah serta peratus yang sama, namun hak papan terbaik pertama menjadi milik Nur Sabrina Aliya kerana pasukan SMK Abdul Rahman menduduki tempat lebih atas keseluruhan daripada pasukan Muhd Asyraf, SMK Ahmad.
 
Untuk papan kedua pula, Nur Syahirah Rokeman dan Daniel Iskandar Arif mempunyai juga markah serta peratus yang sama. Hak papan terbaik kedua menjadi milik Nur Syahirah daripada SMK Clifford A kerana keputusan pasukan yang lebih atas berbanding pasukan Daniel Iskandar, MRSM Muadzam.
 
Bagi papan ketiga, dua pemain dengan markah serta peratus yang sama iaitu Muhd Hisyamuddin Rusli dari SMA Persekutuan Bentong, dan Muhd Shakir Mohd Fauzi dari SM Imtiaz Kuala Terengganu. Keputusan memihak kepada Muhd Shakir dari Imtiaz kerana kedudukan pasukan sekolah.
 
Untuk papan keempat, kelima dan keenam tiada perbalahan atau perbandingan keputusan, Keputusan adalah "clean" dengan peratus yang lebih tinggi berbanding pemain lain.
 

 
 
Diharapkan penerangan diatas membantu pasukan-pasukan lain dalam merencana strategi pasukan untuk kejohanan akan datang. InsyaAllah, tahun hadapan bakal menjanjikan pertambahan pasukan serta tambahan hadiah-hadiah yang lebih menarik.. InsyaAllah.. sama-samalah kita mendoakan. 
 



GAMBAR-GAMBAR KEJOHANAN SABTU 22 JUNE 2013

 Pasukan Imtiaz Kuala Terengganu (kanan) yang mendahului daripada awal sehingga pusingan ke 6 dengan diketuai pemain yang masih "fresh" baru pulang daripada Chiangmai (ASEAN age-group), menentang pasukan MRSM Muadzam Shah dengan pemain papan kedua beliau yang merupakan pemain regular serta pernah menyertai ASEAN age group beberapa tahun dahulu.

 Pasukan SMK Clifford A (kiri) yang mengekori untuk merebut tempat ke-3 dalam pusingan ke 7 ini menentang SMA Persekutuan Bentong.

 Senario kejohanan di bilik utama.

 Pasukan SMK Abdul Rahman Talib yang menyertai kejohanan "last minute" dengan dua pemain yang mewakili negeri Pahang ke MSSM, mencatatkan keputusan secara sederhana diawal-awal pusingan namun menyerlah dipusingan ke 6 bila menewaskan SM Imtiaz Kuala Terengganu. Dalam pusingan ke-7 ini, SMK Abdul Rahman Talib menentang jiran mereka SMK Sultan Abu Bakar.

 Pasukan tuan rumah SMK St Thomas A, menentang SMK Mak Lagam Kemaman. Mereka berpuas hati dengan tempat ke 5 setelah prestasi pasukan dengan permainan yang turun naik pemain-pemain.

VIP yang hadir menutup kejohanan. Terima kasih yang tidak terhingga!

ULASAN KEJOHANAN SABTU 22 JUNE 2013...

Kejohanan Catur Rapid Berpasukan Sekolah-Sekolah Menengah Terbuka Pahang 2013 telah berlangsung dengan jayanya pada 22 Jun 2013 (sabtu) bertempat di SMK St Thomas Kuantan. Kejohanan dengan anjuran kerjasama SMK St Thomas Kuantan dan SMK Clifford Kuala Lipis berserta Jabatan Pelajaran Negeri Pahang telah menerima penyertaan seramai 26 pasukan (2 pasukan telah menarik diri sehari sebelum pertandingan berlangsung iaitu MRSM Kuala Lipis dan SEMSAS Kuantan).

Berikut adalah ulasan saya selaku ketua arbiter dan penasihat teknikal pertandingan. Secara keseluruhan memandangkan kejohanan adalah pertama kalinya (tidak pernah ada kejohanan berpasukan sekolah-sekolah menengah diadakan sebelum ini di Pahang).

Saya menjangkakan cabaran kejohanan kerana format yang pertama kali diadakan di Pahang dengan system 4 + 2. Biasanya amat jarang penganjur buat kejohanan berpasukan dengan format pemain simpanan ini (biasanya 4 pemain tanpa pemain simpanan, dan jika ada simpanan kejohanan biasanya dua hari), tapi saya menyahut cabaran untuk melakukannya. Walaupun ada pertukaran pemain untuk kesemua pasukan pada hari pertandingan tanpa dikenakan apa-apa penalty (mengenangkan ini adalah kejohanan pertama seumpamanya), kejohanan terpaksa dimulakan lewat, namun dapat juga kami menghabiskan kejohanan sehari ini pada lewat petang (tidak perlu sampai ke malam hari). Alhamdullillah..

Selain itu, kami juga menerima cabaran apabila ramai yang masih kurang faham format pertandingan bagaimana memasukkan pemain simpanan dalam senarai papan 1-2-3-4. Pemahaman tentang system naik tangga masih belum sempurna 100% kerana daripada pusingan pertama - ketujuh masih ada pasukan yang melakukan kesilapan. Untuk lebih adil, serta mengelakkan pasukan yang sama melakukan kesalahan, amaran dan penalty dengan markah 0 diberikan. Nampak extreme bukan? ada juga pemain serta pengurus pasukan yang marah serta tidak berpuas hati dengan mengatakan saya tidak memberi muka kerana mereka kurang faham, namun saya terpaksa melakukannya. Kerana saya percaya, jika penalty diberikan, ramai yang akan serik serta tidak lagi melakukan kesalahan! ternyata tekaan saya betul! tiada sekolah yang sama melakukan kesalahan yang sama! Alhamdullillah..

Kepada pasukan yang tidak berjaya, yang dikenakan penalty (pasukan sekolah tuan rumah iaitu SMK St Thomas B juga saya kenakan penalty), saya mohon ambil pengalaman ini sebagai pengajaran / iktibar dimasa-masa akan datang. Sebagai seorang yang pernah bergelar pemain, saya pernah melalui apa yang dilalui oleh peserta kejohanan. Sesungguhnya kesilapan yang dilakukan mematangkan saya, setiap kesilapan yang dilakukan ialah cikgu yang memberi saya pengalaman berharga untuk berjaya dihari mendatang..

Secara keseluruhan saya amat berpuas hati dengan pihak penganjur kerana menyediakan senarai helpers dan para technical officers yang begitu berdedikasi menjayakan tugas. Begitu juga dengan para arbiters yang terdiri daripada cikgu sekolah yang mengawal kejohanan tanpa ada apa-apa masalah besar untuk dirujuk kepada saya selaku chief arbiter. Terima kasih kepada semua, budi dan jasa tuan-tuan dan puan-puan hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalasnya... insyaAllah..

Terima kasih juga buat penganjur, atas usaha penganjuran, sponsors dan marketing kejohanan walaupun kolaborasi antara dua sekolah yang secara geografi nya terletak di dua daerah yang berbeza, namun kejituan semangat dalam menjayakan kejohanan selayaknya diberikan pujian, dan semoga menjadi contoh kepada sekolah-sekolah lain pula.. insyaAllah..

Friday, June 21, 2013

KEJOHANAN CATUR RAPID BERPASUKAN SEKOLAH-SEKOLAH 22 JUNE 2013 (SABTU)

Good news, I have just received confirmation, that Jax Tham will be coming over to Kuantan, to sell some chess books during the tournament.

Jadi apa tunggu lagi! kepada semua pemain, guru-guru, ibubapa dan penjaga, silalah menjengah ke gerai buku catur Jax Tham untuk membeli buku-buku yang biasanya didapati hanya di Kuala Lumpur sahaja!

Jom kita tambah ilmu catur kita!

Thursday, June 20, 2013

KEJOHANAN CATUR RAPID BERPASUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH TERBUKA PAHANG 2013

Kejohanan yang bakal berlangsung pada hari sabtu ini (22 Jun 2013) bertempat di SMK St Thomas Kuantan menerima penyertaan seramai 28 pasukan. Alhamdullillah, kejohanan kerjasama SMK St Thomas dan SMK Clifford ini beserta Jabatan Pelajaran Negeri Pahang yang merupakan kejohanan Berpasukan sekolah-sekolah yang seumpamanya pernah dianjurkan di Negeri Pahang ini.

Sebagai tuan rumah, SMK St Thomas dan SMK Clifford menghantar penyertaan seramai dua pasukan masing-masing, manakala sekolah lain dibenarkan menghantar penyertaan satu pasukan setiap sekolah.

Berikut adalah senarai pasukan yang telah berdaftar sehingga hari ini Khamis 20 Jun 2013. Menurut Puan Khor, penyertaan telahpun ditutup.

Senarai pasukan :
1. SMK St Thomas A, Kuantan
2. SMK Clifford A, Kuala Lipis
3. SMK Bukit Goh, Kuantan
4. SMK Cenderawasih, Kuantan
5. SMK Sains Tengku Abdullah, Raub
6. SMK Air Putih, Kuantan
7. Sek Model Khas Seri Tualang
8. SM Sains Sultan Hj Ahmad Shah, Kuantan
9. SM Imtiaz Ulul Albab, Melaka
10. SMA Persekutuan, Bentong
11. SMK Ahmad, Pekan
12. SMK Seri Jengka, Maran
13. SMK (P) Methodist, Kuantan
14. SMK Abu Bakar, Kuantan
15. SMK Beserah, Kuantan
16. MRSM Tun Abdul Razak, Pekan
17. SBPI, Kuantan
18. SMKJK (C) Chung Hwa, Kuala Lipis
19. MRSM Tun Ghazali Shafie, Kuala Lipis
20. MRSM Muadzam Shah
21. SMK Mak Lagam, Kemaman
22. SM Imtiaz YT, Kuala Terengganu
23. SMK St Thomas B, Kuantan
24. SMK Clifford B, Kuala Lipis
25. SM Abdul Rahman Talib, Kuantan
26. SMK Bukit Rangin, Kuantan
27. SMK Paya Besar, Kuantan
28. SMK Sultanah Kalsom, Kuantan

Berdasarkan senarai sekolah yang berdaftar, kejohanan ini bakal menjanjikan persaingan yang cukup menarik! All the best to all players!

Wednesday, June 12, 2013

KEJOHANAN CATUR RAPID BERPASUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH 2013

Buat julung kalinya Pahang akan menganjurkan kejohanan berpasukan untuk peringkat sekolah-sekolah menengah. Kejohanan ini adalah terbuka kepada semua pemain catur yang masih bersekolah menengah di sekolah-sekolah di Malaysia.

Anjuran : JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG, SMK ST THOMAS KUANTAN, dan SMK CLIFFORD KUALA LIPIS.
Tarikh : 22 June 2013 (Sabtu)
Masa : 8 pagi - 5.30 petang
Tempat : Dewan SMK St Thomas Kuantan
Yuran : RM120 untuk satu pasukan yang terdiri daripada 4 pemain, atau 4 pemain + 1 simpanan, atau 4 pemain + 2 simpanan.
Kawalan masa : 25 minit hingga tamat.

Maklumat lanjut sila berhubung dengan Cikgu Khor Got Hun 012-9213138, Cikgu Maimunah Mat 016-9375854 atau Cikgu Noreha Namlur 017-9099018

Penyertaan anda, dan kehadiran anda dalam memberi sokongan kepada kejohanan yang pertama ini amatlah digalakkan, dalam menentukan masa depan yang cerah untuk CATUR di Pahang ini!

Monday, May 20, 2013

PCDK To National Chess Championship 2013

National Chess Championship (NCC) will be held at UMT in Terengganu on the 27th May - 1st June 2013. PCDK has selected those playing representing PCDK. Further info on who has been selected and the players selection kindly contact PCDK Secretary En Nordin 012-9017143.

Thursday, May 16, 2013

Selection to National Chess Championship To Represent Pahang DM

PCDK has been given the rights to select players to represent the state PAHANG DM in the coming National Chess Championship starting in 28 May - 2 June 2013 at Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Its the tournament jointly organised by MCF and PCNT. But this year there is a twist! Those that wish to take part in NCC must be through the state associations. State will then forward the registration to MCF.

For Pahang, and to be fair, PCDK will organised a small selection event, to be held at SCC this saturday 18th May 2013 at 9am. This is to ensure that the quotas given to players are dully rightfully theirs.

Those who are interested for the selection, kindly call en Nordin Md Yamin PCDK honorary secretary at 012 - 9017143. Just ask him anything regarding the Selection, he'd be happy to tell you all about it. Yours truly has been receiving sms on this matter, but i cant reply on the detail since i am not incharge of the event.

PENGUMUMAN:

PCDK DIBERI MANDAT UNTUK MEMILIH PEMAIN BERMAIN DI ATAS NAMA NEGERI PAHANG KE KEJOHANAN CATUR TERTUTUP KEBANGSAAN (NATIONAL CHESS CHAMPIONSHIP). NCC AKAN BERLANGSUNG PADA 28/5 - 2/6/2013 DI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU.

SEKIRANYA ANDA BERMINAT UNTUK MEWAKILI NEGERI PAHANG KE NCC, SILA HUBUNGI SETIAUSAHA KEHORMAT PERSATUAN EN NORDIN MD YAMIN 012-9017143.

PEMILIHAN AKAN DIADAKAN PADA 18 MEI 2013 BERTEMPAT DI SCC JAM 9 PAGI.

All the best!

Of Long Absent From Blogging...

Yeah, I should have uploaded the results, report and pictures of Kuantan Juniors right after the event ended, but I was totally busy updating finalising the tournament accounts (well.. this is the part where most people will be in headache, esp where I have to ensure that every tournament run we dont make any huge losses, so that we can do another event), not to mention the trip as the arbiter to MRSM Kota Kinabalu FIDE Rated event. I wasnt well for four days, feeling sick all day long, and with so many things going on, I totally wasnt in the mood to blog..

But here i am again!.. Do hope i can catch up after this..

5th Kuantan Rapid Junior Chess Masters 20 - 21 April 2013.

Dewan Astaka UMP Gambang is the location for our 5th year tournament. It was a good hall, with a good turnout. Initially PCDK wanted to close the registration when it reaches 100 participants, but later on, why not up to 120. But as usual, we Malaysians like to do things last minute! On the last day of the tournament day itself PCDK still received registration.. but PCDK can only accepted few, as it almost reaches 150 players and we cant accomodate more than that!

Our sincere apology for the players, but if you are still below the age of 20, come on and participate next year.

With the overwhelming response from the players, PCDK added few additional prizes and special award for the 2 youngest participants, and the largest participation from one school which is from SMK Clifford with 28 players!

At the tournament hall

This is definitely the best venue that can accomodate many players
With a different time control format this year we see many talents came out of nowhere. (the time control was 45 minutes for each players, and recording of moves is compulsory)
In the pic is Airil vs Benjamin
On the right is Muhd Yusuff pondering on his moves.
One of the fav to win, and she finally did! Nur Sabrina Aliya
Close up pic for category B - U10. This year we received participations of 41 participants! Definitely the number of players aged 10 and below is increasing!
Rizwan Aryzona (pic on left) on time trouble against Nur Sabrina
The battle between Yusuff and Ikmal (the former MSSM U18 Pahang players)
Surprise to see Muhd Alif Imran Yuraselan to secure draw playing against Meor Airil
Nur Amalina Alyaa (pic right) was the victim of Sabrina
Ummu Hani vs Muhd Asyraf
While Ummu's bro, Zulkarnain vs Liyana